Siapa sangka, Vietnam hari ini sudah melonggarkan langkah penjarakan sosial selepas proses kuarantin besar-besaran dan jejak kontak yang meluas berjaya mengekang penularan COVlD-19 di negara itu.
Mengikut data, negara Asia Tenggara itu merekodkan 268 kes jangkitan dan sifar kematian setakat ini walaupun berkongsi sempadan yang agak panjang dengan China.
Vietnam, bersempadan sepanjang 1100 km dengan China, malah populasi rakyatnya yang berjumlah 95 juta, lebih kurang tiga kali ganda populasi rakyat Malaysia.
Walaupun jumlah yang dijangkiti agak rendah, pakar menegaskan bahawa angka itu adalah statistik rasmi Kementerian Kesihatan Vietnam, yang juga satu-satunya sumber maklumat dan tidak perlu dipertikaikan.
Jika dilihat pada jumlah kes dijangkiti, apatah lagi dengan sifar kem4tian, kita pastinya boleh mengatakan Vietnam antara negara paling berjaya memerangi coronavirus.
Untuk rekod, jumlah terkini kes di Amerika Syarikat yang jauh beribu baru dari China adalah 880,000 dijangkiti dengan hampir 50,000 kematian.
Langkah awal menentukan segalanya
Pada Perayaan Tahun Baru Tet (tahun baru Vietnam) akhir Januari lalu, kerajaannya telah mendeklarasikan per4ng ke atas coronavirus, meskipun pada ketika itu wab4k tersebut masih terkawal sejak ia mula menular di China.
Ketika pertemuan parti yang membentuk pemerintahan di Vietnam, Perdana Menterinya Nguyen Xuan Phuc mengatakan bahawa tidak lama lagi coronavirus akan sampai ke Vietnam
” Memerangi pandemik ini, bererti memerangi musvh,” kata Phuc waktu itu.
Namun, usaha untuk memerangi wabak itu sebenarnya banyak bergantung kepada dana pemerintah dan kuatnya sistem kesihatan dalam masyarakat. Dua perkara yang dikatakan tidak dimiliki Vietnam.
Vietnam tidak mempunyai kemampuan untuk melakukan tindakan ala Korea Selatan dalam melawan COVlD-I9 di mana Korea Selatan telah melakukan 350,000 ujian.
Ho Chi Minh City, kota metropolitan yang menjadi tempat tinggal 8 juta orang, di mana hospitalnya dikatakan hanya memiliki total 900 unit mesin rawatan intensif. Jadi, jika pandemik melanda, para petugas kesihatan pastinya akan terbeban.
Bagaimanapun, Vietnam adalah negara paling awal melarang penerbangan keluar masuk ke China selain melaksanakan jejak kontak secara agresif. Pada awal Februari lalu, ketika negara itu merekodkan lebih 12 kes, kampung yang terletak berhampiran dengan ibu negara dan mempunyai purata 10,000 penduduk perlu dikuarantin.
Penduduk sendiri ambil tugas pantau
Menurut seorang penduduk Hanoi, Nguyen Trinh Thang, 72, beliau dan kumpulan dalam masyarakatnya ditugaskan memantau kes disyaki dan kembali ke rangkaian akar umbi parti komunis untuk mengawasi kawasan kejiranan.
” Kami memasuki setiap lorong dan mengetuk setiap pintu.
” Kami ikuti bimbingan kerajaan kami bagi melawan pandemik ini, seolah-olah melawan musuh,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Rantau Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai, berkata kejayaan Vietnam berteraskan keupayaan meyakinkan orang awam untuk bekerjasama.
” Mereka memang melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Sekitar 80,000 orang ditempatkan untuk dikuarantin.
” Saya berpendapat, itu sebabnya mengapa mereka berupaya memastikan jumlah jangkitan kekal kecil,” katanya.
Kini, hampir tiada penerbangan antarabangsa ke Vietnam dan negara itu sedang melaksanakan perintah separa berkurung sejak awal April ini.
Jalan di Hanoi yang lazimnya dibanjiri motosikal, pelancong dan gerai jalanan, kini kelihatan seperti ‘padang pasir’ dengan hanya kelihatan orang ramai beratur di mesin beras untuk bantuan.
Selepas dilaporkan tiada kes jangkitan baharu selama enam hari berturut-turut sehingga semalam, kerajaan mengumumkan kedai dan perkhidmatan dibenarkan beroperasi.
Hari ini, beberapa kafe sudah beroperasi meskipun jalan raya di sekitar Hanoi masih lengang.