Menerima Ugutan Pihak Tertentu Ketika Agihkan Bantuan

KOTA BHARU: Sukarelawan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Thirdforce, menerima ugutan daripada individu tidak dikenali untuk menc3derakan selain merosakkan kereta milik mereka, jika masih terus mengagihkan bantuan.sajaheboh.com - Sukarerawan Dedah Terima Ugutan Ketika Mengagihkan Bantuan COVID-19

Sukarelawan terbabit, yang mahu dikenali sebagai Zaimah, 47, berkata, dia menerima panggilan itu pagi semalam, daripada seorang lelaki.

Katanya, dia mengakui agak terkejut namun sudah lali dengan kejadian itu, selepas banyak kali mendengar cemuhan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan kerja kebajikan yang dilakukanya.
“Sebenarnya, kumpulan sukarelawan juga bingung kenapa ada ugutan sebegitu sedangkan kami datang bukan sahaja untuk menyampaikan sumbangan, malah membantu meringankan beban mereka yang memerlukan
“Namun, selepas diselidik, ada sesetengah kes berpunca daripada sikap tidak berpuas hati dalam kalangan penerima atau kerana kami memasuki kawasan ‘jagaan’ orang lain.
“Bagaimanapun, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana sumbangan ini adalah suatu rezeki buat golongan asnaf dan fakir miskin. Siapa dan dari mana sumbangan ini bukan persoalannya, yang penting yang memerlukan ini dibantu,” katanya yang sudah lima tahun menjadi sukarelawan Thirdforce.
Beliau berkata, setakat ini dia tidak membuat laporan polis berhubung ugutan berkenaan, namun sekiranya masih menerima ugutan selepas ini, dia tidak teragak-agak untuk berbuat demikian.
Sementara itu seorang lagi sukarelawan yang dikenali sebagai Mamat, 36, mengakui dia pernah dikejar dengan parang ketika menyampaikan bantuan kepada fakir miskin di Kuala Krai, beberapa tahun lalu, akibat berlaku salah faham dengan penghulu kampung selain niatnya disalah ertikan oleh segelintir pihak.
Mamat berkata, sesetengah pemimpin atau ketua kampung tidak senang dengan usaha mereka, mungkin rasa tercabar apabila anak mukim kawasan itu dibantu orang luar, namun sukarelawan menjalankan kerja atas dasar membantu sesama insan.
Sementara itu, pengasas Thirdforce, Raja Shamri Raja Husain, berkata, dia menerima pelbagai aduan daripada sukarelawannya di seluruh negara malah ada yang mengugut untuk meng4ncam nyawa.

sajaheboh.com - Sukarerawan Dedah Terima Ugutan Ketika Mengagihkan Bantuan COVID-19

“Biasalah, nak buat kerja baik ini banyak halangan dan cabarannya, pasti ada sahaja salah faham dan rasa tidak puas hati timbul. Tambahan pula, hampir setiap hari sukarelawan di seluruh negara bergerak membantu golongan memerlukan, jadi macam-macam cerita yang disampaikan.

“Saya selalu berdoa semoga semua yang berhati mulia membantu orang susah ini diberi perlindungan dan keberkatan kerana mereka menjalankan tanggungjawab yang sangat murni selain tidak lupa menasihatkan mereka supaya sentiasa berwaspada.

“Selain itu, saya juga berharap semua pihak dapat memberi sokongan penuh kepada kerja amal ini dan bukan sekadar mencari kesalahan sehingga menimbulkan fitnah dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, jika semua berlapang dada menerima budaya bantuan dari luar secara positif, kita dapat mengurangkan kemiskinan sekali gus membantu meringankan ekonomi negara.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.