Polis Siasat Pegawai Rotan 5 Remaja Yang Ingkar PKP

POLIS akan menyiasat tindakan pegawainya yang merotan lima remaja lelaki yang didapati mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menjalankan operasi Covid-19 di Kunak, semalam.Polis Siasat Pegawai Rotan 5 Remaja Yang Ingkar PKP

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kejadian itu dan walaupun setakat ini tiada laporan namun siasatan dalaman akan dijalankan.

“Apa yang saya dimaklumkan, pegawai itu sudah memberi arahan supaya remaja yang melepak di kawasan itu beredar sebelum pegawai itu meneruskan rondaan.

“Namun apabila kembali semula, kumpulan remaja itu masih ada dan sekali lagi pegawai mengarahkan mereka beredar tetapi mereka tidak mengendahkan malah ketawa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mazli diminta mengulas satu rakaman video tular sejak pagi tadi, yang memaparkan seorang pegawai polis merotan lima remaja menggunakan sebatang ranting di Kunak.

Dalam video bedurasi 26 saat itu, pegawai polis itu geram selepas mereka tidak mengendahkan arahan untuk beredar malah ketawa apabila diarah untuk pulang.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan, tapi polis akan buat siasatan dalaman ke atas pegawai terbabit.

“Manakala semua remaja lelaki itu dibenarkan untuk pulang ke rumah mereka masing-masing,” katanya.

Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pegawai polis berkenaan. Antara komen-komen netizen:

Po Kok: Siapa sokong polis tu rotan budak tu ketik like satu kali..tanda sokongan supaya tidak diambil tindakan ke atas pegawai tu..

Annie Oh: Tak perlu lah siasat bagus lah polis tegas budak” tak dengar arahan …kalau terkena jangkitan semua orang akan susah nanti

Polis Siasat Pegawai Rotan 5 Remaja Yang Ingkar PKP

 

Dady Ann: Ni la punca sebahagian Anggota jadi tak boleh nak tegas . Patut pun sebat .. Cuma muka tu jangan la .. Jumpa yg tak dengar arahan piap kan je tengah belakang .

Musafirr Lalu: Jangan bagi muka tuan kpd budak2 yg tengah naik ni..biar la kena rotan daripada tak tau erti kebebasan tanpa batasan. Nasib baik je tak kena tahan masuk lokap. Jangan manjakan sangat anak bangsa kita.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *