Mahukan Kulit Wajah Cerah Memukau? Ini Cara Mudah Buat Krim Pemutih Di Rumah Yang Berkesan

Mahukan Kulit Wajah Cerah Memukau? Ini Cara Mudah Buat Krim Pemutih Di Rumah Yang Berkesan. Tidak semua orang dilahirkan dengan wajah yang cerah dan menawan. Bagi segelintir perempuan memiliki wanita yang cerah dan kulit muka yang cantik boleh menambah keyakinan diri.

SAJAHEBOH.COM - Mahukan Kulit Wajah Cerah Memukau? Ini Cara Mudah Buat Krim Pemutih Di Rumah Yang BerkesanNak kulit wajah putih tapi takut untuk gunakan produk yang ada di pasaran. Sebabnya kita sendiri maklum bahawa banyak produk memutihkan wajah di pasaran yang menggunakan bahan-bahan terlarang terutama hidrokuinon.

Lihat saja kebelakangan ini ada banyak produk kecantikan termasuk untuk memutihkan wajah yang ditarik balik dari pasaran kerana perkara ini. Malah ada antaranya produk jenama tempatan yang kita biasa dengar. Cuba semak semula adakah produk pemutihan wajah yang anda pakai sekarang selamat dan tidak menyebabkan kulit muka menjadi nipis.

Tapi selepas tahu cara nak buat krim pemutih sendiri ni, anda dah tak perlu beli lagi. Dijamin selamat sebab cuma guna sengkuang dan langsung tiada bahan kimia. Nak buat pun senang, so kalau habis boleh buat saja lagi.

SAJAHEBOH.COM - Mahukan Kulit Wajah Cerah Memukau? Ini Cara Mudah Buat Krim Pemutih Di Rumah Yang Berkesan

Bahan-bahan:

1 biji sengkuang saiz sederhana
2-3 sudu makan air lemon
1 sudu makan madu / minyak zaitun
1 gelas air

Langkah membuatnya:

Cuci, kupas dan parut sengkuang. Masukkan dalam bekas berisi air, ramas-ramas hingga warna air berubah menjadi pekat.
Kemudian tapis dengan penapis. Perah untuk dapatkan ekstrak.
Simpan sengkuang tadi dalam peti sejuk semalaman.
Keesokkan harinya anda akan dapati ada mendapan atau ekstrak putih dari pati sengkuang. Buang air yang ada di permukaannya. Ambil mendapan itu saja.
Kemudian masukkan air lemon dan madu, kacau hingga sebati dan jadi krim.
Masukkan krim dalam bekas yang sesuai. Siap untuk digunakan.

Cara penggunaan:

Gunakan krim itu untuk jadikan sebagai krim pelembab muka anda seharian, pakai secara teratur serta teratur 2 kali sehari. Dalam 1 minggu, anda bakal mendapat kulit putih, bersih dan halus.

Khasiat sengkuang

Mencerahkan kulit malah kerana faktor inilah ia kerap digunakan dalam produk kecantikan termasuk masker.
Melambatkan penuaan melalui vitamin C yang terkandung di dalamnya.
Kandungan air yang tinggi dalam sengkuang juga memberi kelembapan pada wajah menjadikan kulit lebih sihat dan segar.

Sekian.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *