Petua Putihkan Muka Yang Diamalkan Wanita Thailand, Patutlah Mereka Semua Cantik-cantik

Petua Putihkan Muka Yang Diamalkan Wanita Thailand, Patutlah Mereka Semua Cantik-cantik. Anda pernah dengar tak orang kata kenapa orang-orang Siam atau mereka yang duduk disempadan Siam kebanyakkannya muka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka.

SAJAHEBOH.COM - Petua Putihkan Muka Yang Diamalkan Wanita Thailand, Patutlah Mereka Semua Cantik-cantikKalau perasan, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu dan muka yang berjerawat memang payah nak cari.

Orang kata amalan mereka makan pulut sejak kecil dan inilah rahsianya. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka.

Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya.

Jom kita tengok dulu apa bahan-bahannya.

Bahan-Bahan:

  • 4 sudu besar beras pulut
  • 2 sudu besar Rose Bud
  • 1 sudu besar susu tepung
  • Sedikit air mawar

Cara-Caranya:

  1.  Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
  2.  Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
  3.  Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
  4.  Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
  5.  Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
  6. Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
  7. Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
  8. Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.

Kelebihan Masker Rose dan Beras Pulut

Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!

Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.

Kredit: Siti Zainab

Selamat mencuba! Selain itu, anda juga boleh petua licinkan muka dengan hampas kelapa ini.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *