Luahan Hati Suami Bila Isteri Kantoi Makan Luar Depan Mata

Ini kisah Luahan Hati Suami Bila Isteri Kantoi “Makan Luar” Di Depan Matanya Sendiri! Baru baru ini ada terserempak dengan seorang kenalan lama bernama Amar. Sembang punya sembang, beliau pun menceritakan kisah isterinya telah buat ‘hal’. Seroja ( bukan nama sebenar ) telah kantoi dengan suaminya sendiri kerana ‘makan luar’, berpunca akibat pergaduhan yang berlaku di dalam rumah tangga mereka.

Luahan Hati Suami Bila Isteri Kantoi Makan Luar Depan Mata Menurut Amar 33 tahun menceritakan, kejadian itu berlaku selepas lebih kurang seminggu hubungan dengan isterinya agak dingin.

” Sebelum ni memang aku selalu bergaduh namun biasanya kemarahan isteriku akan reda bila dipujuk…” Amar memulakan cerita.

“Pada malam itu aku baru pulang dari kedai selepas membeli sekotak rokok. Tiba-tiba aku lihat isteri aku keluar dengan keretanya. Aku berasa sedikit pelik, biasanya kalau dia keluar dia akan meminta izin daripadaku. So, aku pun berniat untuk mengekori keretanya dari belakang. Tidak dinafikan, rupa dan penampilan isteriku yang cantik membuatkan ramai lelaki yang melihatnya pasti akan tertarik dan tergoda. Sebelum ini pun rakan karibku sendiri pernah memberitahu bahawa isteriku memang cantik. Jadi di masa yang sama juga aku sudah terfikir yang bukan-bukan tentang kelakuan isteriku malam itu…” cerita Amar lagi.

” Setelah lebih kurang setengah jam mengekori kereta isteri dengan motor Honda EX-5 buruk aku ni, tiba-tiba dia berhenti di depan sebuah restoran dan bergegas keluar dari keretanya.”

” Ehh!! Dia nak jumpa jantan mana pulak ni?” tambah si Amar..

” Setelah menunggu hampir 15 minit, aku pun perlahan-lahan mengikuti dari jauh, bimbang isteriku perasan kedatangan aku di situ. Pada fikiranku, kalaulah dapat aku bersemuka dengan mereka berdua, memang aku akan kerjakan cukup-cukup.”

” Tuhan saja yang tahu perasaan aku pada masa itu, aku melihat sendiri isteriku makan di luar seorang diri di restoran itu dengan sungguh berselera.”

“Sampai hati dia makan tak ajak aku pun, padahal aku sendiri pun belum makan lagi sejak dari siang tadi…Maklumlah, lebih seminggu bergaduh., lauk satu apa pun aku tak beli. Padan dengan muka aku..”

Kata si Amar dengan muka selamba.

So, itulah kisaj isteri kantoi makan luar tadi. Kalau memeber korang ceritakan macam ni depan kotang, korang ketuk je lah kepala dia.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *