Sebab Takut Bini, Lelaki Sanggup Buat Laporan Palsu

Disebabkan takut bini , seorang lelaki sanggup melaporkan kepada polis dengan membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun. Puncanya adalah disebabkan dia kehilangan wang yang diberikan oleh isterinya dan rasa takut untuk dimarahi oleh bininya nanti.

Gara-gara takut dimarahi isteri, seorang lelaki yang kehilangan wang yang diberikan wanita itu sanggup membuat laporan polis palsu mengatakan dirinya telah disamun.Sebab Takut Bini, Lelaki Sanggup Buat Laporan PalsuMemetik laporan Harian Metro, lelaki berkenaan didenda sebanyak RM1400 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Melaka.

Majistret Analia Kamaruddin menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Fairuz Malik, 40, yang sengaja membuat laporan polis palsu berkaitan kejadian samun.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

Tertuduh yang diwakili peguam merayu mahkamah agar hukuman ringan dikenakan dengan alasan tertuduh tiada pilihan dan terpaksa membuat laporan palsu kerana kehilangan wang yang diamanahkan isterinya.

P/s Rasa kesian pun ada juga pada lelaki takut bini ini, tapi mungkin berterus-terang dengan isteri kemana pergi duit yang diamanahkan itu mungkin lebih baik kan? Para isteri juga janganlah selalu marah dengan suami anda takut mereka akan suka berahsia dengan anda nanti.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *