Kucing Langsung Tak Bergerak Dan Tiada Respon Bila Disentuh, Tuan Kucing Rasa Cemas Dan Berdebar-debar

Kucing Langsung Tak Bergerak Dan Tiada Respon Bila Disentuh, Tuan Kucing Rasa Cemas Dan Berdebar-debar. Sesiapa yang memelihara kucing tahu mereka mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk tidur di mana sahaja mereka mahu, bila-bila sahaja mereka mahu.

SAJAHEBOH.COM - Kucing Langsung Tak Bergerak Dan Tiada Respon Bila Disentuh, Tuan Kucing Rasa Cemas Dan Berdebar-debarSeperti dalam paparan video ini, malah gaya tidur kucing ini lebih hebat mengalahkan kita. Terdapat beberapa fakta pelik mengenai tidur kucing. Sebagai contoh, kucing tidur selama kira-kira 16 jam sehari – itu adalah 6 tahun bagi seekor kucing berusia 9 tahun.

Mereka berupaya untuk bangun secara bebas pada bila-bila masa, memerlukan kira-kira tiga suku daripada waktu rehat mereka.

Namun bagi paparan video ini yang dirakam di Brazil, menunjukkan seekor kucing berbaring tanpa bergerak di bangku kayu. Membuatkan orang tertanya-tanya sama ada adakah ia telah mati?

SAJAHEBOH.COM - Kucing Langsung Tak Bergerak Dan Tiada Respon Bila Disentuh, Tuan Kucing Rasa Cemas Dan Berdebar-debar

Pemilik kucing tersebut cuba mengangkat dan menggerakkan kepala kucing tersebut, tetapi selepas setiap kali percubaan, ia tidak memberikan sebarang respon malah kepalanya kembali terjuntai dari bangku kayu.

SAJAHEBOH.COM - Kucing Langsung Tak Bergerak Dan Tiada Respon Bila Disentuh, Tuan Kucing Rasa Cemas Dan Berdebar-debar

Selepas seketika, kucing yang berada dalam paparan video ini rupanya sedang tidur nyenyak atau  boleh dianggap tidur mati. Melihat sikap tidurnya yang begitu melampau, kita semua yakin bahawa walaupun penggera berbunyi sekuat manapun kucing ini tetap dalam keadaan dibuai mimpi.

VIDEO:

Melihatkan aksi tidur kucing ini. Agaknya kita juga begini ketika bangun pada hari isnin, sebelum bersedia untuk bertolak ke pejabat bukan?

Kredit: Era Baru

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *