Kejadian Aneh Seekor Gajah Dilihat Sedang Merokok Di Sebuah Hutan

Kejadian Aneh Seekor Gajah Dilihat Sedang Merokok Di Sebuah Hutan!

SAJAHEBOH.COM - Kejadian Aneh Seekor Gajah Dilihat Sedang Merokok Di Sebuah HutanPerkara-perkara pelik boleh berlaku di mana-mana sahaja, sekalipun di dalam hutan. Baru-baru ini heboh di internet mengenai rakaman seekor gajah yang sedang “merokok” di dalam hutan di India sehingga membuatkan sesetengah saintis menjadi bingung akan apa yang berlaku.

Video berdurasi 48 saat itu menunjukkan kepulan-kepulan asap keluar dari mulut seekor gajah yang telah menyebabkan para saintis tertanya-tanya bagaimana semua itu boleh berlaku.

Para saintis memerhatikan bagaimana makhluk ini ‘menghisap’ arang kemudian mengeluarkan asap ketika berada di hutan terbakar pada musim panas lalu.

SAJAHEBOH.COM - Kejadian Aneh Seekor Gajah Dilihat Sedang Merokok Di Sebuah Hutan

Saintis telah merakam video tersebut pada April 2016 lalu tetapi hanya memuat naik di internet baru-baru ini

Vinay Kumar, Penolong Pengarah WCS India, dalam satu kenyataan berkata, “ini bukanlah kejadian yang luar biasa, tetapi apa yang dilakukan oleh gajah itu adalah sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.”

Tambahnya lagi, apa yang dilihat dalam video tersebut ialah gajah itu seolah-olah sedang merokok memandangkan dia kelihatan mengeluarkan kepulan asap dari mulutnya.

SAJAHEBOH.COM - Kejadian Aneh Seekor Gajah Dilihat Sedang Merokok Di Sebuah Hutan

Seorang lagi saintis, Dr. Varun R. Goswami, percaya bahawa gajah itu mungkin cuba untuk menelan arang kayu selepas kebakaran berlaku.

Gajah tersebut cuba menelan arang kayu kerana arang dikatakan berfungsi sebagai penyingkir toksin dalam badan. Haiwan liar sememangnya mempunyai ‘pengetahuan’ bahawa arang boleh berfungsi sebagai bahan yang bermanfaat untuk kesihatan mereka.

Tonton video tersebut :

Sumber : Era Baru

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *