Kanak-kanak Diberi Duit Untuk Beli Aiskrim, Tapi Niat Berubah Bila Melihat Keadaan Seorang Lelaki Berhampiran

Kanak-kanak Diberi Duit Untuk Beli Aiskrim, Tapi Niat Berubah Bila Melihat Keadaan Seorang Lelaki Berhampiran.

SAJAHEBOH.COM - Kanak-kanak Diberi Duit Untuk Beli Aiskrim, Tapi Niat Berubah Bila Melihat Keadaan Seorang Lelaki BerhampiranSeorang vlogger menjalankan eksperimentasi sosial ke atas kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 6 tahun dan memerhati bagaimana reaksi mereka apabila diberikan wang 1 dolar untuk membeli aiskrim di kaunter aiskrim yang terletak berhadapan dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang pengemis.

Reaksi mereka amat menarik untuk diperhatikan, terutama reaksi kanak-kanak yang terakhir.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak di awal usia mereka yang masih muda lagi.

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menerapkan nilai yang baik seperti rasa kebaikan, belas kasihan dan memahami situasi serta perasaan orang lain.

Perasaan kesefahaman itu ialah memahami situasi dan perasaan orang lain tidak kira mereka mempunyai pertalian persaudaraan, rakan-rakan atau orang yang tidak dikenali. Ia mengenai keadaan di mana kita dapat meletakkan diri di atas situasi orang lain dan memahami orang ini juga mempunyai perasaan seperti kita.

Seorang vlogger bernama Meir Kay telah melakukan satu eksperimentasi terhadap beberapa orang kanak-kanak di New York dengan diberikan 1 dolar oleh ibu bapa mereka.

Tujuan 1 dolar itu diberikan ialah bagi membelanjakannya untuk diri sendiri, atau diberikan kepada seorang lelaki yang berada di tepi jalan bersama satu tanda bertulis, “Saya memerlukan wang.”

SAJAHEBOH.COM - Kanak-kanak Diberi Duit Untuk Beli Aiskrim, Tapi Niat Berubah Bila Melihat Keadaan Seorang Lelaki Berhampiran

Sebuah lori kecil aiskrim diletakkan berhadapan dengan lelaki ini yang menyamar sebagai pengemis dan gelandangan. Beberapa kamera tersembunyi diletakkan, apabila ibu bapa memberikan 1 dolar kepada anak mereka, dan memerhatikan dari jauh bagaimana reaksi anak mereka apabila berhadapan situasi ini.

Dalam video ini, kita dapat melihat setiap kanak-kanak akan berasa teragak-agak buat beberapa detik, sama ada membelanjakan wang ini untuk diri sendiri atau diberikan kepada lelaki itu? Kita juga akan dapat melihat bagaimana reaksi ibu bapa mereka.

Tetapi satu kejutan berlaku pada akhir eksperimentasi apabila seorang kanak-kanak perempuan diberikan wang 1 dolar itu untuk membeli aiskrim. Anda perlu melihatnya sendiri, dan jangan mengadili seseorang itu terlalu awal!

Lihat video eksperimentasi ini di bawah :

Kredit: Meir Kay via Era Baru

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *