Hawa Rizwana Dituduh Perampas, Penyondol Lelaki

PENYAMPAI berita dan pengacara Wanita Hari Ini, Hawa Rizwana Redzuan kesal apabila menerima mesej berbaur hinaan selain dituduh sebagai wanita perampas atau ‘penyondol’ lelaki di media sosial.sajaheboh.com - Hawa Rizwana Dituduh Perampas, Penyondol Lelaki

Hawa, 25, menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan percaya ia hanya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai masalah mental.

“Saya pun tak faham apa maksud dia. Saya tak pernah kacau sesiapa pun, mungkin dia saja nak mulakan provokasi.

“Bila saya buka DM (mesej peribadi) tersebut, rupa-rupanya dah banyak mesej yang berbunyi lebih kurang sama dihantar sebelum ini.

sajaheboh.com - Hawa Rizwana Dituduh Perampas, Penyondol Lelaki

“Kita tak boleh nak anggap semua orang yang menggunakan media sosial ni waras, mungkin dia tak sihat jadi buat apa saya nak marah,” ujarnya kepada mStar.

Hawa anggap kata-kata negatif sebagai cabaran.

Dalam pada itu, Hawa berkata, dia tidak marah atau berdendam sebaliknya menganggap perkara itu sebagai satu cabaran untuk dia berada dalam dunia penyiaran.

Tambahnya, dia juga tidak terlalu memikirkan hal sedemikian yang hanya akan membawa kesan negatif.

sajaheboh.com - Hawa Rizwana Dituduh Perampas, Penyondol Lelaki

“Memang selalu dapat pun benda-benda macam tu. Awal-awal dulu tak sangka la orang macam tu wujud di dunia ini.

“Saya tidak ambil peduli sangat perkara seperti ini kerana ia tidak memberi tekanan pun kepada saya, Alhamdulillah Allah kuatkan hati saya untuk berdepan ujian ini” ujarnya. – mStar

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *