Budak Tiga Tahun Maut Tercekik Rambutan

BALING: Seorang budak lelaki berusia 3 tahun maut akibat tercekik sebiji rambutan, dalam kejadian di Kampung Belakang Masjid dekat Bukit Selambau di sini. Budak Tiga Tahun Maut Tercekik Rambutan

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu, ketika mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi, cuba makan buah berkenaan ketika berada di rumah datuknya di situ.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali, berkata sebelum kejadian itu, mangsa melihat bapa serta ahli keluarganya yang lain mengait buah rambutan di depan rumah datuknya.

Beliau berkata, Muhammad Hakim Amsyar dikatakan mengambil mengambil sebiji rambutan sebelum mengupas dan memasukkannya ke dalam mulut.

“Namun secara tiba-tiba, mangsa terus berlari ke arah abangnya sambil menjerit dan memegang leher.

 Budak Tiga Tahun Maut Tercekik Rambutan
Gambar Hiasan

“Bapanya kemudian cuba membantu dengan menepuk bahagian belakang mangsa tetapi tidak berhasil,” katanya.

Syed Basri berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

“Bedah siasat mendapati tiada kecederaan dan unsur-unsur jenayah pada badan mangsa.

“Pegawai Perubatan di klinik terbabit berjaya mengeluarkan sebiji buah rambutan daripada dalam mulut mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *