Gempar Di Sabah! Penduduk Ketakutan Dengan Kehadiran Gumpalan Awan Pelik Dan Menggerunkan

Gempar Di Sabah! Penduduk Ketakutan Dengan Kehadiran Gumpalan Awan Pelik Dan Menggerunkan! Formasi awan luar biasa kelihatan seperti ‘ombak besar’ dan ‘puting beliung’ di beberapa daerah di pantai barat Sabah, pagi tadi, menggemparkan penduduk.

SAJAHEBOH.COM - Gempar Di Sabah! Penduduk Ketakutan Dengan Kehadiran Gumpalan Awan Pelik Dan MenggerunkanDifahamkan, keadaan gumpalan awan luar biasa itu disedari di antara jam 7.30 pagi hingga 8 pagi iaitu ketika gerimis sebelum disusuli hujan lebat.

Penduduk Kampung Lumat, Sitti Sahrah Mohd Desa, 32, berkata beliau melihat awan berkenaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di pekan Beaufort pada jam 7.40 pagi.

“Ini kali pertama saya melihat keadaan awan seperti itu menyebabkan timbul rasa takut. “Cuaca ketika itu mendung, sedikit berangin dan gerimis. Bagaimanapun, selepas hujan , keadaan awan kembali seperti biasa,” katanya.

SAJAHEBOH.COM - Gempar Di Sabah! Penduduk Ketakutan Dengan Kehadiran Gumpalan Awan Pelik Dan Menggerunkan

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Padas Damit, Marif Yusof, berkata ketika kejadian, warga sekolah mengadakan perhimpunan mingguan di padang sekolah.

“Semua guru dan murid terkejut melihat kepulan awan luar biasa itu. Tidak lama kemudian, hujan gerimis disertai angin kuat. Kita terpaksa hentikan perhimpunan kerana keadaan cuaca ketika itu agak membimbangkan.

“Tidak lama selepas itu, berlaku hujan lebat kira-kira dua jam sebelum keadaan kembali seperti biasa,” katanya.

Gambar formasi gumpalan awan luar biasa itu dikongsi secara meluas di laman sosial khususnya Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azmi Daud, berkata fenomena awan kelihatan seperti ombak pagi tadi dikenali sebagai garisan badai. Katanya, keadaan itu terbentuk akibat tiupan angin dari arah laut yang menyebabkan awan kelihatan bergulung-gulung seperti ombak.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *