Pekerja Stesen Minyak Nyaris Maut Dilanggar Pemandu Wanita Yang Mengundurkan Kenderaannya. Seorang pekerja stesen minyak nyaris maut dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) ketika mangsa sedang memeriksa tangki bawah tanah.
Kejadian mengejutkan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah stesen minyak di Kota Marudu, Sabah, yang kemudiannya tersebar meluas menerusi perkongsian netizen di laman Facebook.
Menerusi video, mangsa pada mulanya sedang melakukan kerja penyelenggaraan sebelum sebuah 4WD berwarna putih yang dipandu oleh seorang wanita secara tiba-tiba mengundur ke belakang.
Unduran yang dilakukan secara laju itu langsung menyebabkan mangsa terperosok di bawah kereta berkenaan.
Insiden itu turut disedari seorang lelaki yang kemudiannya mengarahkan pemandu wanita itu menganjakkan kenderaanya ke hadapan. [Sajaheboh.com]
Wanita itu dalam keadaan panik dan tergamam terus melihat keadaan mangsa, bagaimanapun mujurlah pekerja itu selamat dan difahamkan tidak mengalami kecederaan serius.
Video berdurasi 53 saat itu telah mencetuskan amarah netizen yang menyalah sikap pemandu wanita terbabit kerana tidak peka dengan keadaan sekeliling.
“Yang lelaki jangan kecam sangat ye, wanita yang bawak kereta ni biaselah. Tak pe semua faham, Tapi kalau nak kecam-kecam korang kena tahan dengan kerenah makcik bawang dulu ?,” tulis pengguna Facebook Mustaqim Zafar.
“Tak dinafikan, kebananyakkan kemalangan ‘bodoh-bodoh’ macam ni selalunya berpunca dari driver perempuan. Aku yang perempuan pun mengaku sebab selalu jumpa orang-orang macam ni. Keluar simpang masa kita dah dekat and laju, bila kita hon buat muka tak bersalah,” tulis NurAdhawiah Ismail.
Pun begitu, segelintir netizen merasakan tidak adil meletakkan kesalahan di atas pemandu wanita itu. Sebaliknya, pekerja terbabit juga harus dipersalahkan kerana tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu tidak meletakkan kon sebagai tanda sedang membuat kerja.