Bayi Kembar Terbang Merentas Dunia Untuk Bertemu Nenek Buat Pertama Kali. Lihatlah reaksi nenek dia dengan kejutan yang dibuat mereka ini. Apabila berada di luar negara dan berjauhan dengan keluarga tersayang pastinya amat sukar.
Ini bermakna seseorang itu terpaksa dipisahkan oleh benua, lautan dan beberapa zon waktu yang berbeza.
Sekiranya mereka tidak dapat pulang meraikan hari perayaan, hanya kad ucapan, telefon, dan panggilan video sahaja yang boleh menjadi alat perhubungan. Bagi datuk dan nenek yang berjauhan dengan cucu yang mereka rindui, perasaan berjauhan itu amat memeritkan.
Atas sebab itu, kejutan yang dibuat oleh pasangan suami isteri ini sangat istimewa.
Pasangan ini yang menetap di New Zealand telah menaiki penerbangan selama 17 jam bersama bayi kembar perempuan mereka ke St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat dengan satu tujuan, iaitu memperkenalkan cucu kembar perempuan buat pertama kali kepada nenek mereka.
Dan nenek ini tidak mengetahui langsung akan kepulangan dan kejutan yang telah dibuat oleh mereka.
Apa yang lebih menarik dan istimewa dengan kejutan ini ialah cucu kembar perempuan ini adalah bayi perempuan pertama yang telah dilahirkan dalam keluarga ini dalam masa 54 tahun.
Pasangan ini telah berjalan menuju ke rumah keluarga mereka dan si ayah mengetuk pintu. Perasaan teruja mereka jelas kedengaran. Sebelum itu, dua ekor anjing berwarna putih telah terlebih dahulu menyambut kepulangan mereka.
Kemudian diikuti oleh nenek ini yang telah melihat kepulangan rahsia keluarga anak lelakinya dengan perasaan yang amat terkejut!
Reaksi terkejut dan perasaan paling gembira nenek ini telah membuat penerbangan mereka pulang ke kampung halaman yang sangat jauh ini menjadi amat berbaloi dan paling berharga.
Sambil menangis kegembiraan, nenek ini dengan segera telah mengambil dan mendakap cucu kembar yang dirinduinya dengan penuh kasih sayang.
Semua ahli keluarga termasuk datuk kembar ini yang berada di dalam rumah tersebut merasa sangat gembira melihat reaksi penuh emosi nenek ini apabila cucu kembar perempuannya yang sangat comel telah datang secara tiba-tiba dan memberi kejutan istimewa paling berharga dalam hidupnya.
Ikuti pertemuan keluarga yang sudah sekian lama berjauhan ini melalui video dibawah.
Kredit: Era Baru