Wanita Sembur Cecair Pembasmi Kuman Ke Dalam Makanan Sebelum Memakannya Untuk Elak COVID-19

UNITED KINGDOM – Gara-gara terpengaruh dengan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, seorang wanita British bertindak menyembur cecair pembasmi kuman ke dalam makanan sebelum memakannya.sajaheboh.com - Wanita Sembur Cecair Pembasmi Kuman Ke Dalam Makanan Sebelum Memakannya Untuk Elak COVID-19

Menurut Daily Star, tindakan tersebut dilakukannya kerana khuatir bakal menjadi mangsa jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Minggu lalu, Donald Trump menyuarakan cadangan bahawa Covid-19 boleh diatasi dengan cara menyuntik pembasmi kuman dalam badan.

Cadangan tersebut bagaimanapun ditolak oleh pakar perubatan kerana tiada kajian saintifik membuktikan hal tersebut.

sajaheboh.com - Wanita Sembur Cecair Pembasmi Kuman Ke Dalam Makanan Sebelum Memakannya Untuk Elak COVID-19

Pakar perubatan dan syarikat pengeluar cecair pembasmi kuman akhirnya terpaksa tampil memberikan kenyataan rasmi untuk mengelakkan kejadian berulang lantaran daripada cadangan Trump.

Pengulas politik, Kevin Maguire juga menerusi ciapannya di Twitter turut mengulas perkara tersebut dan mendedahkan akibat kenyataan Trump kepada rakyat. – Sinar Harian

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *