Bosan Di Rumah, Bapa Lima Anak Jadi Penghantar Makanan Guna Motor Yang Curi Tumpuan Ramai

BAPA lima anak, Ibnu Robi Ahmad mencuri tumpuan ramai apabila menghantar makanan dipesan pelanggan dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi model Harley-Davidson Street Glide.sajaheboh.com - Bosan Duduk Rumah, Bapa 5 Anak Jadi Penghantar Makanan Dengan Motor Yang Jadi Tumpuan Ramai

Ibnu Robi, 55, yang menetap di Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah berkata, ada juga pelanggan juga mengajaknya bergambar hanya kerana datang menunggang motosikal itu.

Bercerita lanjut, Ibnu Robi berkata, pekerjaan itu dilakukan secara sambilan sejak tiga minggu lalu untuk menghilangkan kebosanan di rumah kerana menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, ia juga bertujuan membantu orang ramai membeli dan menghantar makanan dipesan tanpa perlu keluar dari rumah.’

sajaheboh.com - Bosan Duduk Rumah, Bapa 5 Anak Jadi Penghantar Makanan Dengan Motor Yang Jadi Tumpuan Ramai

“Kebosanan duduk di rumah disebabkan PKP menyebabkan saya terfikir untuk melakukan sesuatu.

“Akhirnya, saya memilih menjadi penghantar makanan dan Alhamdulillah, keluarga memberi sokongan.

“Sekurang-kurangnya, saya dapat memenuhi keperluan orang ramai selain melepaskan keinginan selepas sekian lama tidak menunggang motosikal,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, lazimnya, dia akan mengambil dan menghantar pesanan bermula jam 11 pagi.

sajaheboh.com - Bosan Duduk Rumah, Bapa 5 Anak Jadi Penghantar Makanan Dengan Motor Yang Jadi Tumpuan Ramai

Namun, waktu bekerja dianjak pada sebelah petang sehingga jam 5 petang sejak 1 Ramadan.

“Seronok kerana ada ketikanya, saya dapat menghantar makanan dipesan petugas kesihatan di hospital.

“Secara tidak langsung, saya dapat menyediakan keperluan untuk mereka yang bekerja keras demi keselamatan orang ramai.

“Lucunya apabila ramai yang ajak saya bergambar tidak kurang juga curi-curi mengambil gambar dari dalam kenderaan mereka ketika di jalan raya mungkin kerana hairan melihat kotak makanan di belakang motosikal,” katanya yang juga pemilik bengkel motosikal berkuasa tinggi, Bikers Garage dan restoran sate.

sajaheboh.com - Bosan Duduk Rumah, Bapa 5 Anak Jadi Penghantar Makanan Dengan Motor Yang Jadi Tumpuan Ramai

Dia berkata, dia sama sekali tidak menyangka kisahnya itu tular di laman sosial.

“Isteri yang mengambil video tetapi untuk suka-suka saja dan tak sangka rakaman itu akhirnya menjadi tular.

“Rata-rata warganet memberi komen positif dan sokongan mereka membuatkan saya terharu,” katanya.

 

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.