Wanita Mengamuk Tak Puas Hati Ditahan Polis Sebab Tak Pakai Topi Keledar, Terus Melanggar Polis Dan Bertindak Agresif

Wanita Mengamuk Tak Puas Hati Ditahan Polis Sebab Tak Pakai Topi Keledar, Terus Melanggar Polis Dan Bertindak Agresif. Satu video menjadi tular di media sosial apabila seorang penunggang motosikal wanita mengamuk gara-gara ditahan oleh polis trafik.

SAJAHEBOH.COM - Wanita Mengamuk Tak Puas Hati Ditahan Polis Sebab Tak Pakai Topi Keledar, Terus Melanggar Polis Dan Bertindak Agresif        .         .      .    SAJAHEBOH.COMDalam kejadian yang berlaku di Ipilo, Utara Sulawesi, Indonesia itu, seorang lelaki dikenali sebagai Ferdinansyah telah memuat naik video berdurasi lebih daripada 30 saat di akaun Facebook miliknya.

Video yang dikongsikan itu tersebar secara meluas dan meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menurut Ferdinansyah, seorang anggota polis trafik telah bertindak menahan wanita terbabit atas kesalahan menunggang motosikal sambil tidak memakai topi keledar.

SAJAHEBOH.COM - Wanita Mengamuk Tak Puas Hati Ditahan Polis Sebab Tak Pakai Topi Keledar, Terus Melanggar Polis Dan Bertindak Agresif        .         .      .    SAJAHEBOH.COM

Berang dengan penahanan itu, wanita ini kemudiannya mengeluarkan wang dari beg duitnya dan dengan bongkak mengira jumlah wang yang dipegangnya di hadapan anggota polis tersebut.

Dia kemudian memukul-mukul dada polis berkenaan dengan duit tersebut sambil menjerit-jerit jumlah wang yang ditawarkannya kepada polis tersebut.

Selain itu, kelihatan wanita cuba melarikan diri dari tahanan sambil menolak motosikalnya melanggar Polis tersebut!

SAJAHEBOH.COM - Wanita Mengamuk Tak Puas Hati Ditahan Polis Sebab Tak Pakai Topi Keledar, Terus Melanggar Polis Dan Bertindak Agresif        .         .      .    SAJAHEBOH.COM

Walaupun dihalang anggota polis berkenaan, wanita ini sanggup melanggar polis sebelum bertindak menggigit tangan lelaki itu berkali-kali!

Bagaimanapun, anggota polis ini kelihatan tenang sewaktu berhadapan dengan tindakan agresif wanita terbabit. Penyebaran video ini mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif daripada netizen.

SAJAHEBOH.COM - Wanita Mengamuk Tak Puas Hati Ditahan Polis Sebab Tak Pakai Topi Keledar, Terus Melanggar Polis Dan Bertindak Agresif        .         .      .    SAJAHEBOH.COM

Ada yang memuji tindakan polis trafik tersebut yang sabar dan tabah serta langsung tidak menyerang semula wanita itu dan ada juga yang mengecam tindakan wanita terbabit yang tidak mampu mengawal perasaannya.

Entri yang dimuat naik pada 22 Februari lalu sehingga kini mendapat jumlah perkongsian melebihi 200,000. Lihat video kejadian itu di bawah ini:

Fuhh, ganas betul wanita ini kan. Selain itu, pernah juga berlaku kejadian yang lebih ganas di Malaysia bila polis trafik ditumbuk seorang lelaki secara tiba-tiba dan kemudiannya ditahan.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *