Wanita Terkejut Piring Terbang UFO Mendarat Di Belakang Rumahnya

Sehingga hari ini, kewujudan UFO atau objek terbang tidak dikenalpasti masih lagi menjadi misteri. Sejak dulu lagi, UFO seringkali dikaitkan dengan kedatangan makhluk asing dari angkasa lepas ke Bumi namun belum ada bukti yang benar-benar sahih yang pernah didedahkan kepada orang awam.Wanita Mendakwa Piring Terbang UFO Mendarat Di Belakang Rumahnya

Baru-baru ini tular mengenai seorang wanita yang mendakwa makhluk asing telah mendarat di belakang rumahnya. Wanita yang dikenali sebagai Ally Murray itu mendakwa telah menemui satu objek terbang tidak dikenali (UFO) yang berbentuk piring terbang milik mahkluk asing di belakang rumahnya yang terletak di Arizona, Amerika Syarikat.

Wanita ini juga sempat mengambil video lokasi ‘UFO’ tersebut dibelakang rumahnya yang dikelilingi pokok-pokok hutan. Selepas memuatnaik video tersebut di TikToknya @allymurray222, video tersebut telah mencecah lebih 2 juta tontonan.Wanita Mendakwa Piring Terbang UFO Mendarat Di Belakang Rumahnya

“Jika ada sesiapa daripada Conspiracy TikTok di sini, saya ingin memberitahu ada perkara menarik kerana sudah menemui UFO di belakang rumah.

Menurut Ally, dia merasakan makhluk asing mengambil keputusan meninggalkan piring terbang berbentuk bulat di kawasan belakang rumahnya.Wanita Mendakwa Piring Terbang UFO Mendarat Di Belakang Rumahnya

 

Walaubagaimanapun, ramai orang yang mempersoalkan dakwaan wanita itu lebih-lebih lagi mengenai UFO yang diperkatakannya. Mereka beranggapan benda berbentuk seakan piring terbang UFO itu hanyalah dua piring satelit lama yang dicantumkan semula dan ada juga yang yang mendakwa ianya hanyalah tangki air binatang liar yang sengaja diletakkan disitu.Wanita Mendakwa Piring Terbang UFO Mendarat Di Belakang Rumahnya

 

Ally kemudiannya merakamkan video bahagian dalaman ‘UFO’ tersebut, dimana ada netizen yang mendakwa melihat benda seakan bola mata yang kelihatan berkelip.

VIDEO:

Wlaaubagaimanapun ada juga yang menolak pendapat itu dengan mengatakan ianya hanya sekadar refleksi air.

Sumber: Ally Murray

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *