Bapa Saman Sekolah RM4.1 Juta Kerana Rambut Anaknya Dipotong Tanpa Kebenaran

Gara-gara bengang rambut anaknya dipotong tanpa kebenaran, seorang bapa di Michigan, Amerika Syarikat (AS) bertindak mengemukakan saman tuntutan sebanyak AS$1 juta (RM4.1 juta) terhadap Mount Pleasant Public Schools seorang pustakawan dan pembantu guru. Bapa Saman Sekolah RM4.1 Juta Kerana Rambut Anaknya Dipotong Tanpa Kebenaran

Tuntutan itu turut mengambil kira dakwaan diskriminnasi kaum, menimbulkan ketakutkan etnik serta melanggar hak Perlembagaan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun.

Sebelum ini, Hoffmeyer berkata, anaknya, Jurnee harus mendapatkan gaya rambut yang tidak simetri setelah rakan sekelasnya memotong satu sisi rambutnya dengan beberapa inci.

Beberapa hari kemudian, katanya, anaknya pulang ke rumah dengan potongan rambut yang berbeza.

Katanya, pekerja sekolah yang bertanggungjawab memotong rambut anaknya adalah individu berkuIit putih.

“Defendan gagal melatih, memantau, mengarah, mendisiplinkan serta mengawasi pekerjanya dengan baik.

“Dan mengetahui atau seharusnya mengetahui bahawa para pekerja akan terlibat dengan aduan yang dikemukakan kerana wujudnya latihan, adat, prosedur dan kebijaksanaan yang tidak tepat serta kekurangan disiplin yang ada untuk pekerja,” kata tuntutan itu. Bapa Saman Sekolah RM4.1 Juta Kerana Rambut Anaknya Dipotong Tanpa Kebenaran

Susulan tuntutan sama yang dikemukakan oleh si bapa, pihak sekolah memaklumkan bahawa Jurnee pada mulanya tidak senang dan tidak berpuas hati dengan gaya rambutnya setelah dipotong oleh murid lain. Jurnee kemudian meminta seorang staff perpustakaan untuk membantu memperbaiki rambutnya ketika lawatan kelasnya ke perpustakaan.

Pihak sekolah berkata, guru Jurnee juga dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Hanya kerana ingin berniat baik, tindakan ini (saman) tidak dapat diterima dan menunjukkan kurangnya pertimbangan kepada kedua-dua pekerja kami.

“Kedua-dua pekerja kami telah mengakui tindakan mereka dan meminta maaf,” katanya. Bapa Saman Sekolah RM4.1 Juta Kerana Rambut Anaknya Dipotong Tanpa Kebenaran

Tambahnya, pekerja kuIit putih yang memotong rambut Jurnee mungkin akan berdepan dengan penamatan perkhidmatan.

Siasatan juga tidak menemui bukti mengenai berat sebelah antara kaum, kata sekolah itu.

“Kami akan mempertahankan secara agresif terhadap tuduhan tidak berasas ini di mahkamah dan sama sekali tidak akan mengalihkan perhatian kami mengenai misi untuk menyediakan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan bertaraf dunia bagi mempersiapkan diri mereka untuk kuliah dan kerjaya,” kata sekolah itu.

Sumber: Mstar

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *