Wanita Memiliki Bulu Mata Terpanjang Dunia

Bulu mata yang semula jadi lebat dan lentik selalunya memang dipuji cantik. Tetapi, bayangkan jika bulu mata itu panjangnya sampai mencecah ke pipi?sajaheboh.com - Wanita Memiliki Bulu Mata Terpanjang Dunia

Begitulah panjangnya bulu mata wanita bernama You Jianxian dari Shanghai ini. Wanita ini mempunyai bulu mata yang unik dan jauh lebih panjang berbanding bulu mata orang biasa.

Panjang bulu mata Jianxia hampir mencapai ukuran lima inci sehingga dia mencipta sejarah, muncul sebagai penama baru dalam senarai Rekod Dunia Guinness pada 28 Jun 2016.

Jianxia, pemegang rekod dunia dengan bulu matanya yang panjang.

sajaheboh.com - Wanita Memiliki Bulu Mata Terpanjang Dunia

Jianxia diiktiraf sebagai manusia yang mempunyai bulu mata terpanjang di dunia. Bacaan yang diperoleh menunjukkan bulu mata wanita ini mencatatkan panjang 12.40 sentimeter, bersamaan 4.88 inci.

Sebelum Jianxia, rekod tersebut dipegang oleh Gillian Criminisi dari Kanada. Gillian memiliki bulu mata sepanjang 8.07 sentimeter.

Bulu mata Jianxia terlihat seperti helaian rambut yang terjuntai di hadapan mukanya. Walau diselak, ia tetap tidak berganjak kerana bulu tersebut merupakan aset yang asli.

sajaheboh.com - Wanita Memiliki Bulu Mata Terpanjang Dunia

Kita yang melihatnya pun berasa rimas. Tetapi, ia keadaan yang biasa buat Jianxia. Penjagaannya juga tidaklah rumit. Jianxia akan membersihkan bulu matanya setiap kali dia mencuci muka. Cuma, ia perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan secara tidak sengaja ke atas bulu matanya itu.

Jianxia tidak melakukan sebarang rawatan untuk memanjangkan bulu matanya. Dia mula menyedari bulu matanya semakin panjang di sebelah kirinya pada tahun 2013.

Sebelum bulu mata Jianxia diiktiraf, pada tahun 2015, Valery Smagliy dari Ukraine merasakan perubahan ke atas bulu matanya selepas dia mengubah pola pemakanan harian. Lelaki itu sering mendapat perhatian daripada kaum wanita yang cemburu dengan keadaan bulu matanya yang lebat dan panjang.

sajaheboh.com - Wanita Memiliki Bulu Mata Terpanjang Dunia

Namun dalam masa sama, Smagliy sendiri berasa tidak selesa kerana pandangannya terganggu. Ketidakselesaan itu juga berpunca daripada rasa sakit pada bahagian kelopak mata disebabkan keadaan bulu yang tebal. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk memotong bulu matanya dan kembali kepada asal.

Namun sebelum melakukannya, Smagliy cuba mendaftarkan diri ke Rekod Dunia Guinness bagi melayakkan diri untuk menyandang rekod baru.

Walau bagaimanapun, dia gagal kerana bulu mata miliknya hanya mencapai ukuran tiga sentimeter sahaja. Sedangkan, rekod sedia ada pada waktu itu dipegang oleh Stuart Muller dengan bacaan 6.99 sentimeter.-UTV

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *