Wanita Didenda RM1,500 Sorok Kelahiran Bayi Lelaki

Seorang wanita didenda RM1,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya, dua tahun lalu.sajaheboh.com - Wanita Didenda RM1,500 Sorok Kelahiran Bayi Lelaki

Tertuduh berusia 39 tahun itu membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, ibu kepada lapan anak itu didakwa secara rahsia menyembunyikan kelahiran seorang bayi yang dilahirkan olehnya, sama ada bayi itu mati sebelum atau selepas dilahirkan, selain dengan sengaja berusaha menyembunyikan kelahiran itu.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Klebang Besar, di sini, jam 2.30 petang pada 27 Disember 2018.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian bapa tiri tertuduh masuk serta memeriksa biliknya lalu terjumpa satu beg berwarna ungu yang di dalamnya terdapat satu mayat bayi lelaki dan kemudiannya membuat laporan polis.

Peguam, Muhammad Izzuddin Ab Malek, merayu hukuman ringan dikenakan ke atas anak guamnya dengan alasan tertuduh mempunyai bayi kecil berusia empat bulan selain anak sulungnya baru sambung belajar.

Terdahulu, prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fuad Ramlan, memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh kerana perbuatan itu tidak berperikemanusian.

sajaheboh.com - Wanita Didenda RM1,500 Sorok Kelahiran Bayi Lelaki

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM1,500 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *