Wanita 60 Tahun Berubah Jadi Kanak-kanak Dipercayai Diserang Penyakit Misteri

Wanita 60 Tahun Berubah Jadi Kanak-kanak Dipercayai Diserang Penyakit Misteri. Kejadian kanak-kanak cepat berubah menjadi tua dari segi wajah adalah biasa.

SAJAHEBOH.COM - Wanita 60 Tahun Berubah Jadi Kanak-kanak Dipercayai Diserang Penyakit MisteriLain pula kisahnya di India apabila seorang nenek berubah menjadi bayi.

Sebelum itu wanita berkenaan, Shanti Devi, 60, mempunyai ketinggian normal tetapi kini hanya 60 sentimeter.

Ia sama seperti ketinggian bayi berusia tiga bulan.

Daily Mirror melaporkan kejadian itu berlaku sejak 25 tahun lalu dan akibatnya dia tidak bergerak seperti biasa, sebaliknya hanya baring di atas katil.

Akhbar itu berkata, keadaan aneh itu yang dialaminya menarik perhatian pelancong.

SAJAHEBOH.COM - Wanita 60 Tahun Berubah Jadi Kanak-kanak Dipercayai Diserang Penyakit Misteri

Mengakui bosan dengan keadaan yang dialaminya, Shanti berkata, dia tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti.

“Kini saya amat rindu untuk duduk dan berjumpa rakan-rakan saya,” katanya.

Devi terpaksa bergantung kepada anak-anak dan suaminya untuk melakukan rutin harian.

Suaminya, Gangacharan Kushwaha berkata, isterinya mengalami penyakit pelik itu sejurus selepas melahirkan anak ketiga mereka.

Pelbagai usaha untuk mengubati Devi tidak berjaya dan doktor berkata tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *