Video Pramugara AirAsia Menari Raih Perhatian Seluruh Dunia Hingga Belasan Juta Tontonan

Video Pramugara AirAsia Menari Raih Perhatian Seluruh Dunia Hingga Belasan Juta Tontonan. Video seorang pramugara AirAsia yang bernama Assraf Nasir menari lagu Toxic nyanyian Britney Spears menjadi viral di laman sosial.

Bukan sahaja menjadi viral di Malaysia, video tarian bertenaga Assraf turut mendapat perhatian seluruh dunia.

Menerusi video yang dikongsikan oleh 9Gag memaparkan Asyraf Nasir menari meniru lagak penyanyi pop antarabangsa, Britney Spears dalam video muzik lagu ’Toxic’ sehingga menerima juta-juta view.

Beberapa laman Facebook terkenal antarabangsa seperti laman Facebook milik Liam Dineen memuat naik video tarian Assraf dan sehingga kini, video tersebut meraih hampir 14 juta tontonan.

Ramai yang terhibur dengan gaya Assraf yang melakonkan kembali watak seorang kru penerbangan yang dibawa oleh Britney menerusi muzik video lagu Toxic yang diterbitkan pada tahun 2004.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes juga turut memuji bakat yang ditonjolkan oleh Assraf dengan berkongsi semula video tersebut di laman Instagram miliknya.

“Bakat di AirAsia tidak pernah gagal untuk memukau saya.

“Saya suka apabila para pekerja boleh bergembira dan menjadi diri mereka sendiri,” kata Tony di Instagram.

“Classic. AirAsia version of Toxic. The talent in AirAsia never fails to amaze me. @assrafnasir is the best. Love it that staff can just have fun and be themselves,” tulis Tony.

Selain itu, laman web terkenal dunia, 9Gag juga memuat naik video tarian Assraf menerusi laman Facebook dan Instagram milik mereka. Tengok video pramugara ini menari di bawah:

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *