Menakutkan! Doktor Keluarkan 8 Ekor Kutu Babi Dalam Telinga Seorang Pesakit! SINGAPURA – Viral rakaman video doktor berjaya mengeluarkan lapan ekor perasit dari telinga seorang pesakit, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Tetapi parasit tersebut sukar dikeluarkan kerana kakinya mendakap teguh pada gegendang telinga pesakit. Ekoran itu, doktor tiada pilihan dan terpaksa menarik keluar parasit itu secara paksa yang menyebabkan telinga pesakit berkenaan mengalami pendarahan kecil.
Menurut individu yang memuat naik video tersebut, parasit tersebut memakan daging pesakit berkenaan.
“Lebih baik saya periksa semua lubang-lubang di badan saya seperti lubang hidung, lubang telinga dan lubang-lubang yang lain. Hahaha! Sungguh menakutkan,” kata seorang netizen.
“Itu bukan parasit pemakan daging. Itu hanyalah kutu yang menghisap darah sahaja. Kutu ini biasanya diperolehi jika individu berkenaan memelihara haiwan peliharaan seperti anjing,” katanya.
Kredit: Daily Mail