Gadis Mirip Taylor Swift Prank Peminat Di Australia Hingga Semua Terpedaya

Gadis Mirip Taylor Swift Prank Peminat Di Australia Hingga Semua Terpedaya. Gadis dari Australia yang mirip penyanyi Hollywood Taylor Swift ini menjadi perhatian media sosial apabila menyamar sebagai penyanyi itu dan keluar berjumpa ramai orang.

Video Olivia Sturgiss, 21, yang berlagak seolah-oleh bertemu peminat itu tular di laman sosial kerana orang ramai yang melihatnya terpedaya dan teruja untuk bergambar dengannya.

Dia dan dua lagi rakannya sengaja merakamkan video itu kerana ingin melihat bagaimana reaksi orang ramai apabila terserempak dengan Taylor Swift.

Selepas video itu tular, pengikutknya semakin bertambah dan kini mencecah 40 ribu.

Bukan setakat memiliki wajah dan cara pemakaian yang serupa, gaya berjalan, bentuk badan dan cara senyum juga amat serupa.

Selain itu kisah hidup mereka juga agak sama, kedua ibu Taylor Swift dan Olivia telah disahkan menghidap kanser pada tahun 2008 dan dalam minggu yang sama.

Namun, ibu Olivia telah meninggal dunia pada Oktober 2016 dan sebelum meninggal, dia telah menunaikan janjinya untuk membawa Olivia berjumpa dengan penyanyi popular itu.

Olivia yang sememangnya meminat Taylor Swift sejak lapan tahun lalu pernah bertemu penyanyi itu di belakang pentas di salah satu konsert penyanyi itu dan mereka bergambar kenangan.

Saksikan video ini dan anda pun pasti tersalah sangka dia adalah Taylor Swift.

Kata Olivia, lagu Swift berjudul The Best Day telah banyak membantu Olivia menangangi kesedihan kehilangan ibunya.

Sumber: Klick.my

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *