Video Musang Ketawa Bikin Penonton Pecah Perut

Kehidupan sebahagian daripada kita tidak lagi sama seperti sebelumnya setelah beberapa bulan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini hidup dengan normal baharu yang perlu dipraktikkan akibat C0VID-19.sajaheboh.com - Video Musang Ketawa Bikin Penonton Pecah Perut

Bagi sesetengah orang, apa jua hiburan mungkin mampu menghadirkan rasa gembira dan mengundang gelak ketawa. Ianya pasti dapat mengurangkan atau meminimakan masalah dan gundah-gulana dalam jiwa mereka.

Jika anda masih belum mampu tersenyum setakat ini, mungkin video yang dipaparkan di bawah yang ditonton lebih 9 juta kali ini mampu membantu anda untuk bergembira walau seketika.

Pernah sebelum ini anda melihat musang atau rubah ketawa berguling-guling? Mungkin tidak bukan? Kita kena ucap terima kasih kepada seorang pengguna laman Twitter, mollyfprince (@mollyfprince) yang berkongsikan video ringkas namun pasti mampu membuat anda ketawa berdekah-dekah atau sekurang-kurangnya tersenyuman.

sajaheboh.com - Video Musang Ketawa Bikin Penonton Pecah Perut

Ciapannya berbunyi; “If you’ve never heard a fox laugh, you’re welcome! (Jika anda tidak pernah mendengar musang ketawa, anda dipersilakan)”.

Video perkongsiannya menunjukkan sejenis musang merah. Nama saintifiknya adalah Vulpes vulpes. Spesies ini banyak terdapat di Amerika Utara, Eropah, Asia dan juga Afrika Utara. Mamalia tersebut dikategorikan sebagai omnivor (pemakan tumbuhan dan daging).

Ia pertama kali dikongsi pada Mac lepas melalui sebuah organisasi, Save A Fox yang ditubuhkan untuk membantu musang dengan menyediakan rumah tetap untuk haiwan tersebut. Tiga ekor musang tersebut bernama Finnegan, Dixie dan Vixie.

Video Musang Ketawa

Mamalia ini dikategorikan sebagai omnivor (pemakan tumbuhan dan daging). Ia mampu hidup antara dua hingga empat tahun di dalam hutan. Terdapat di seluruh dunia dengan mendiami pelbagai habitat termasuk hutan, padang rumput, gunung dan padang pasir.

Ia mampu menyesuaikan diri dengan manusia dengan hidup di ladang, kawasan pinggir bandar malah di kawasan yang mempunyai komuniti yang besar. Video tersebut sudah ditonton lebih sembilan juta kali.

Sumber: Awani

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *