Video Bayi Memeluk Erat Dan Cium Ibu Selepas Sahaja Dilahirkan Buat Netizen Terharu. Saat yang paling bahagia sekali kepada para ibu iaitu saat melahirkan bayi yang pertama, saat ini juga merupakan saat yang paling getir buat para ibu dan susah untuk dilupakan.
Kalau merenung balik pada masa hadapan pasti akan buat para ibu senyum sampai manis ke hati. Ada suatu kes yang sangat menakjubkan berlaku di sebuah hospital kat negara luar, di mana selepas bayi dilahirkan, bayi tersebut buat sesuatu yang buat semua orang hampir menitis air mata.
Bayi tu memeluk erat dan cium ibu dan tak mau lepaskan selepas bayi tu baru sahaja dilahirkan.
Kejadian ini buat semua orang rasa terharu dan pada masa yang sama terasa ibu ialah peranan yang amat penting buat anak.
Selepas bayi dilahirkan, banyak perkara perlu dilakukan untuk menjaga bayi tersebut. Bayi yang baru dilahirkan adalah sangat lemah dan memerlukan penjagaan yang sangat banyak. Untuk orang yang kali pertama jadi ibu, pasti akan rasa sangat letih semasa menjaga bayi tersebut.
Masa inilah ayah juga mainkan peranan yang penting untuk menjaga bayi mereka supaya dapat meringankan beban ibu.
Bila bayi tu besar kelak, peranan ibu bapa juga sangat penting untuk mendidik anak mereka supaya jadi seorang insan yang baik. Jom saksikan video yang menakjubkan ini di mana bayi peluk dan cium ibu saat dilahirkan.
Selain daripada video ini, pernah juga berlaku bayi terus mahu berjalan sebaik sahaja dilahirkan hingga mengejutkan kakitangan hospital.
Kredit video: Tribunnews