Tips Untuk Elak Dan Kurangkan Bahang Panas Kereta Semasa Parking Di Tempat Tak Berbumbung. Pernah tak bila pergi kerja, parking kereta dekat tempat tak berbumbung dan waktu lunch hour je nak guna kereta pergi makan, buka-buka je “Wow! Panasnya!”
Sampaikan nak pegang steering pun tak mampu sebab panas betul. Terpaksa bukak pintu kereta luas-luas, start enjin dan pasang air-cond kuat-kuat dan biarkan ianya sebentar sampailah kereta sejuk sikit, betul tak?
Ada cara untuk nak skip kesemua bahagian ni. Korang tak perlu nak susah-susah buka kesemua pintu kereta dan tunggu sampai sejuk sikit. Paling penting sekali, tak perlu nak tinggalkan kereta dengan cermin kereta yang diturunkan sedikit. Bahaya tau! Hanya perlu pulas butang fungsi ini sahaja:
Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.
Sewaktu memandu pastikan korang tutup flap air cond kereta. Ini berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.
Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka
Bila korang nak parking kereta di kawasan tidak berbumbung dan ditambah pula dengan cuaca panas, jangan pula tutup flap air cond tu. Sebaliknya, korang kena biarkan ianya terbuka agar udara panas tidak terperap dalam kereta.
Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Bahaya kalau orang cungkil melalui cermin untuk nak curi kereta kan?
Bonus: Tips ketika memandu kereta yang rosak aircond semasa hujan lebat!
Kredit: petuaibu