Tak Perlu Ke Salon Nak Rambut Lurus, Hanya Amalkan 5 Petua Ini

Anda Tak Perlu Ke Salon Nak Rambut Lurus, Hanya Amalkan 5 Petua Ini. Penggunaan bahan kimia yang kerap boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti rambut gugur, alergi bahan kimia, rambut rosak dan bermacam-macam lagi.

SAJAHEBOH.COM - Tak Perlu Ke Salon Nak Rambut Lurus, Hanya Amalkan 5 Petua IniTanpa kita sedari, sebenarnya bahan semula jadi yang ada di rumah, boleh digunapakai untuk mendapat rambut idaman

1. Dengan mengguna minyak,

Lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut lurus dan sihat. Haba yang dihasilkan sewaktu rawatan minyak panas membantu mengawal rambut yang beralun agar tampil lurus.

2. Boleh juga mengguna minyak zaitun, minyak almond atau minyak bijan.

Caranya:

Panaskan minyak dalam microwave selama 20 saat

Sapu minyak yang sudah suam ke rambut dan urut kepala selama 15 hingga 20 minit

Kemudian, sikat rambut agar minyak diserap dengan sekata

Bungkus rambut dengan tuala panas selama 30 hingga 40 minit

Selepas itu, syampu dan bilas.

Jangan keringkan rambut terus tetapi sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang sementara masih basah

3. Bersifat antibakteria dan antikulat, santan kelapa juga membebaskan sebarang jangkitan di kulit kepala.

Caranya:

Dalam satu gelas besar, campurkan satu cawan santan kelapa segar dan jus dari sebiji lemon

Sejukkan dalam peti sejuk sehingga wujud lapisan krim di atasnya

Ambil krim itu dan sapu pada rambut dan kulit kepala. Biarkan 20 minit

Bungkus rambut dengan shower cap dan lilitkan tuala lembap sekeliling shower cap

Biarkan selama 30 minit kemudian syampu dan bilas

Sikat rambut sementara rambut masih basah

4. Susu mengandungi pelembap semula jadi yang membantu meluruskan rambut.Tips ini juga sangat sesuai untuk memacu kesihatan rambut.

Caranya:

Campurkan setengah cawan susu bersama setengah cawan airMasukkan dalam botol spraySikat rambut dan sembur campuran tadi ke rambutSikat sekali lagi dan biarkan selama 30 minit agar campuran itu meresap ke dalam kulit kepalaKemudian syampu serta bilas

5. Telur membantu menjadikan rambut kuat dan bersinar manakala minyak zaitun memberi kelembapan.Gabungan kedua-dua bahan ini membantu meluruskan rambut.

Caranya:

Pukul biji telur, kemudian masukkan empat susu minyak zaitunSapu pada rambut dan kulit kepala

Sikat rambut mengguna sikat bergigi jarangBalut kepala dengan shower cap kira-kira 30 hingga 40 minit Syampu dan bilas.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *