Geram Dengan Sikap Suami, Isteri Conteng Kereta Kesayangan Suami Dan Mengundang Pelbagai Reaksi Netizen!

Geram Dengan Sikap Suami, Isteri Conteng Kereta Kesayangan Suami Dan Mengundang Pelbagai Reaksi Netizen! Bengang dengan sikap suami yang kedekut dan berkira biarpun dengan anak sendiri, isterinya bertindak menconteng kereta lelaki itu.

SAJAHEBOH.COM - Geram Dengan Sikap Suami, Isteri Conteng Kereta Kesayangan Suami Dan Mengundang Pelbagai Reaksi Netizen!Luahan si isteri yang dikongsi di laman Facebook Kisah Rumah Tangga itu menerima pelbagai reaksi netizen.

“Assalamualaikum admin. Boleh tolong kongsi tak cerita ni? Saya geram dengan suami saya, perangai macam budak-budak.

“Saya nak beli barang anak, dia cakap saya membazir. Dahlah duit dekat bini pun tak kasi. Dia habiskan duit dekat kereta dia, tak membazir pula?

“Saya terlalu geram dengan dia, itu yang bercorak kereta dia. Ingatkan nak saja simbah cat dekat kereta dia. Biar padan muka dia,” kata si isteri yang tidak didedahkan namanya itu kerana sudah hilang sabar dengan sikap kedekut suaminya.

SAJAHEBOH.COM - Geram Dengan Sikap Suami, Isteri Conteng Kereta Kesayangan Suami Dan Mengundang Pelbagai Reaksi Netizen!

Sementara itu, netizen menasihatkan si isteri tidak bertindak keterlaluan kerana bimbang jika lelaki itu pula memukulnya.

“Satu je nak cakap. Jangan disebabkan perangai bodoh kau ni, laki kau tibai anak kau sebab ingat ni kerja diorang. Kau pun alahai, perangai entah apa-apa. Matanglah sikit, malulah kat anak-anak,” kata Hidayatul Adha.

SAJAHEBOH.COM - Geram Dengan Sikap Suami, Isteri Conteng Kereta Kesayangan Suami Dan Mengundang Pelbagai Reaksi Netizen!

“Sama kes, tapi tak adalah nak pergi conteng kereta suami. Tapi makan dalamlah setiap hari beri sindiran pedas-pedas. Nak tidur sama? pergi tidur dengan kereta. Nak makan? Suruh kereta masak. Nak jalan-jalan? Pergi bawa kereta. Nak temankan? Suruh kereta temankan. Nak anak? Suruh kereta beranak,” kata Anissa Jade.

“Orang lain pun buat kereta tapi tak adalah sampai kedekut dengan anak bini. Kereta ini bila-bila pun boleh buat. Pentingkan keperluan anak dan isteri dulu. Tak rugi tau.

Malah Allah meluaskan lagi rezeki kau. Kau buat kereta je kedekut dengan bini. Sempitlah rezeki. Sesetengah orang tak faham situasi akak tu. Dia dah lama bersabar agaknya. Bertabahlah sisi, dapat laki kuda kayu,” kata Tasha Razak.

Source: The Reporter / KRT

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *