Sewa Hotel Ikut Jam, Pasangan Kekasih Ditangkap Khalwat Di Awal Tahun

Sewa Hotel Ikut Jam, Pasangan Kekasih Ditangkap Khalwat Di Awal Tahun.
JOHOR BAHRU: Pasangan kekasih yang mendaftar di hotel bajet atas nama orang lain, antara yang ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam serbuan di Taman Daya dan Taman Mount Austin, dekat sini, awal pagi tadi.

SAJAHEBOH.COM - Sewa Hotel Ikut Jam, Pasangan Kekasih Ditangkap Khalwat Di Awal TahunMereka mendaftar masuk dengan bayaran penginapan serendah RM50 bagi dua jam.

Lelaki tempatan berusia 22 tahun itu ditahan bersama pasangannya, wanita tempatan berusia 23 tahun kira-kira jam 12.10 pagi, dalam operasi Ambang Tahun Baharu yang dijalankan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAINJ, Mohd Hafiz Abdul Rahman, berkata pasangan itu antara hasil serbuan 20 anggota penguat kuasa JAINJ yang menahan enam lelaki dan enam wanita, termasuk lapan warga asing.

Katanya, hotel bajet bersubahat dengan menggalakkan penginapan mengikut jam dan tidak berdaftar, sekali gus menyumbang kepada kegiatan yang tidak bermoral.

SAJAHEBOH.COM - Sewa Hotel Ikut Jam, Pasangan Kekasih Ditangkap Khalwat Di Awal Tahun

“Hotel bajet bersekongkol dengan memberikan harga yang murah, mahu mengaut keuntungan sehingga sanggup melakukan apa saja bagi mendapatkan pelanggan.

“Kebanyakan yang ditahan ialah warga asing. Mereka yang sepatutnya datang ke negara ini untuk bekerja, seharusnya perlu menghormati undang-undang yang dikuatkuasakan di Johor, terutama undang-undang syariah,” katanya.

Beliau berkata demikia ketika ditemui pemberita selepas operasi Ambang Tahun Baharu di Balai Polis Taman Setia Indah, di sini.

Mohd Hafiz berkata, mereka yang berusia antara 19 hingga 36 tahun ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997, kerana berkhalwat yang membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Taman Setia Indah, dekat sini untuk laporan, sebelum dibawa ke pejabat Bahagian Penguat Kuasa JAINJ bagi tindakan lanjut.

Sumber: BH Online

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *