Penemuan Terkini – Gua Niah Didiami Manusia 45 Ribu Tahun Dahulu

MIRI: Sekumpulan pakar arkeologi kini berada pada fasa pertama kajian untuk membuktikan Gua Niah telah didiami oleh manusia sekitar 40 ke 45 ribu tahun dahulu.

SAJAHEBOH.COM - Penemuan Terkini - Gua Niah Didiami Manusia 45 Ribu Tahun DahuluPenemuan tersebut dilakukan oleh pensyarah University New South Wales, Sydney, Profesor Madya Dr Darren Curnoe dan kumpulannya, sewaktu menjalankan kerja-kerja eskavasi selama tiga minggu di Gua Traders di Kompleks Gua Niah, baru-baru ini.

Yang turut menyertai eskavasi termasuklah Timbalan Pengarah Muzium Sarawak, Dr Charles Leh dan Ketua Bahagian Arkeologi jabatan tersebut, Mohd Sherman Sauffi.

SAJAHEBOH.COM - Penemuan Terkini - Gua Niah Didiami Manusia 45 Ribu Tahun Dahulu

“Jika disahkan, penemuan ini mengatasi penemuan bapa arkeologi Sarawak, Tom Harrison yang menjumpai ‘Deep Skull’ pada 1958.

“Deep Skull’ dipercayai berusia sekitar 35 ribu tahun, menjadikan kawasan ini diiktiraf sebagai penempatan tertua di Malaysia, sebelum penemuan Lembah Mansuli di Sabah, secara tidak sengaja pada tahun 2003.

Terdapat lebih seribu perkakasan batu ditemui di Lahad Datu itu, yang kemudian dikenal pasti berusia lebih 235 ribu tahun, menyamai era Palaeolithic.

SAJAHEBOH.COM - Penemuan Terkini - Gua Niah Didiami Manusia 45 Ribu Tahun Dahulu

Penemuan Harrisson direkodkan pada tahun 1958, dengan tempoh eskavasi berlangsung selama 13 tahun, bermula pada 1954, lebih 100 tahun selepas ia disebut oleh Alfred Russel Wallace dalam jurnalnya pada 1855.

Dalam eskavasi lanjut di bahagian West Mouth kompleks gua itu, Harrison dan isterinya Barbara telah menemui 270 set tulang manusia yang dipercayai dari era Neolithic, yang berusia sekitar 2,000 ke 4,000 tahun.

Menurut Curnoe, selama tiga minggu itu, mereka telah berjaya menggali sedalam dua meter dan percaya telah menemui sejarah peradaban manusia berusia lebih 20 ribu tahun.

“Ini dibuktikan dengan penemuan tulang manusia, bangkai mamalia gergasi (kemungkinan rusa dan lembu liar) dan cengkerang tiram laut yang membuktikan telah wujudnya budaya memakan makanan laut pada waktu tersebut.

“Turut ditemui peralatan berburu dan memasak daripada batu dan batu karang.”

Kata Curnoe, pihaknya kini sedang melaksanakan beberapa ujian lanjut selain “carbon dating” bagi mengesahkan penemuan tersebut.

“Jika ujian ini berjaya dan terbukti, ia adalah satu ‘jumpaan bersejarah’, yang akan menggalak dan memotivasikan eskavasi berterusan pada masa hadapan,” kata Sherman ketika dihubungi sebentar tadi. – Sarawakvoice

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *