Sedih Bila Dituduh Terlanjur Sebelum Nikah Sebab Hamil, Suami Pula Meninggal Lepas Sebulan Nikah. Abang, sekelip mata abang pergi meninggalkan saya dan zuriat kita. Kita yang sempat merasa kebahagiaan sebagai suami isteri hanya sebulan saja.
Tetapi Allah SWT sudah berikan bukti cinta kita awal-awal lagi. Pada masa mula-mula sayang disahkan hamil, ramai yang kata kita terlanjur sebelum nikah sebab itu kita nikah simple-simple saja. Tetapi abang minta sayang supaya bersabar.
Sabar hadap mulut orang. Abg bergurau, abang cakap yang lelaki mereka tidak sejantan abang dan abang juga kata takut sayang putus haid lagi 15 tahun sebab itu Allah SWT bagi zuriat awal. Kuat betul abang berguraukan?
Tetapi hakikat sebenarnya kita nikah awal sebab abang tidak mahu sayang terlepas pada tangan orang lain. Kalau tidak terpaksa menunggu 8 bulan lagi.
Abang, selama sebulan kita menjadi suami isteri, hanya 5 kali saja kita bersua sebab tuntutan kerja abang. Kita mungkin tidak seperti pasangan lain yang hari-hari boleh berjumpa, isteri mereka boleh tidur di atas lengan suami tetapi tidak sayang.
Hari ketiga selepas kita bernikah, abang sudah kena pergi belayar. Pada masa itu, abang kesat air mata sayang, abang cakap, nanti yang abang akan pulang dan abang suruh sayang tidak risau. Tetapi isteri manalah yang tidak risau abang?
Iya, memang abang balik, abang balik pun sebab arwah mak meninggal. masa abang balik, abang tidak lepaskan tangan sayang, sayang cakap yang orang lain pun pengantin baru juga, tetapi abang balas, abang cakap yang sudah tiga tahun abang tunggu untuk pegang tangan sayang. Betapa sayangnya abang kepada sayang.
Selama kita berjauhan ini, hari-hari abang buat panggilan video, hari-hari abang hadiahkan senyuman untuk sayang, hari-hari abang nyanyikan lagu untuk sayang, hari-hari abang bacakan doa tidur untuk sayang walaupun kita tinggal berjauhan. Hari-hari abang minta sayang mengaji sambil buat panggilan video dengan abang, hari-hari abang tanya akan tanya apa yang sayang buat hari ini. Hari-hari abang cakap yang abang ampunkan sayang walaupun tiada salah.
Abang memang seorang suami yang baik, yabg sayangkan sayang sepenuh hati. Sayang tidak akan pernah lupa kejutan-kejutan yang abang buat untuk sayang. Paling sayang hargai bila abang sanggup hubungi kawan-kawan sayang senyap-senyap dan abang taja percutian kami. Abang tahu tak, semua kawan-kawan cakap susah mahu cari suami macam abang. Bangga tak abang?
Abang bukan saja suami yang baik tetapi abang juga insan yang mulia.Orang sewa rumah abang setahun tidak pernah bayar pun abang tidak cakap apa-apa. Abang juga sangat suka bersedekah. Saya tahu dari mulut orang yang setiap bulan 30% dari gaji abang akan diberikan kepada sesiapa yang memerlukan. Ya Allah, mulia sungguh hati abang. Abang buat kebajikan tidak pernah abang canangkan. Abang simpan sendiri. Bertuahnya sayang pernah memiliki abang.
Ingat lagi tak saat-saat kita baru merasa bunga-bunga cinta dulu? Abang bawa sayang pergi makan di tepi tasik di Pekan itu. Abang cakap pada pelayan yang abang mahu air teh o tanpa gula sebab yang duduk di depan ini sudah manis.
Pada masa itu perkataan cia cia cia belum lagi wujud sayang, tetapi sayang cuma gelakkan saja. Tetapi bila budak itu tidak letakkan gula, abang mengadu tawar pula, tetapi disebabkan mahu menjaga imej abang, abang paksa juga diri abang untuk minum air teh o yang kelat itu.
Selepas tiga tahun mengenali abang, terasa berat sangat untuk sayang melepaskan sayang. Terlalu banyak sangat kenangan manis kita. Kalau mahu diceritakan, banyak sangat. Tetapi sayang pun tidak pernah lupa segala kenangan pahit kita. Tetapi tidak perlu dikenangkanlah yang pahit-pahit it sebab dari yang pahit itulah abang banyak belajar untuk menjad seorang yang benar-benar setia.
Abang sempat berpesan kalau dapat anak lelaki letak nama Mohd Firdaus, tetapi kalau dapat anak perempuan letak nama Noor Aisha’. Jangan letak nama merepek sebab abang mahu anak-anak abang jadi anak yang patuh pada agama. Tetapi sayang ada cakap yang masih awal lagi untuk memikirkan hal ini. Tetapi sekarang sayang sudah faham kenapa terlampau awal abang berpesan.
Ingat lagi masa di Bangkok? Waktu itu sayang tengah tonton Youtube. Iyalah, abang tahu sayang sukar dengar Dzikir tetapi abang ambil telefon sayang dan abang cakap yang kita berjumpa pun sekali sekala, abang di depan mata ini, kalau abang sudah jauh bolehlah mahu melayan Youtube atau apa-apa.
Kawan-kawan abang ada beritahu abang, sehari sebelum abang pengsan, abang asyik menyanyi lagi salam terakhir. Tidak terlintas difikiran mereka langsung yang abang akan pergi sebab mereka memang tahu yang abang memang suka menyanyi. Tetapi kenapa sayang tidak sedar terlalu banyak “hint” yang abang berikan? Kenapa?
Semasa abang koma, sayang bisikkan pada abang selalu supaya abang bangun dan kuatkan semangat walaupun doktor cakap peluang abang tipis. Tetapi abang buka mata, abang senyum dan airmata abang mengalir. Masa itulah merupakan kali terakhir abang memanggil Lijah “sayang”.
Sayang pun tidak tahu kenapa abang menangis. Tetapi bila saya bisikan pada telinga abang dan memberitahu yang sayang redha dengan pemergian abang, nadi abang terus berhenti. Abang, rupanya sehari dua ini, sayang yang seksa abang sebab tidak mahu melepaskan abang. Sayang tidak tahu abang. Maafkan sayang.
Abang, hari ini barulah sayang perasan yang abang pernah post pada pada 6.05.2016. Status abang yang mengharapkan agar abang sempat mengazankan anak kita.Ya Allah abang, kenapa sayang tidak pernah pernah ambil peduli pasal semua itu.
Hari ini sayang baca diari abang. Tidak pernah sehari abang ter lupa catit nama Lieza. Semua nota-nota Lieza abang simpan dalam kotak warna pink. Allahu abang, suami seperti abang ini satu dalam sejuta barangkali. Sayang akan setiasa ingat pada pesan abang.
Di media sosial, jangan selalu update status yang bukan-bukan, jangan update gambar swafoto. Di luar rumah, janganlah mekap melampau. Jaga pandangan, jaga batas pergaulan, jaga air muka abang. Sayang janji abang, janji.