‘Saya Nak Tanya, Salah Ke Saya Bercinta Dengan Suami Orang Lain’ Saya bercinta dengan suami orang, salah ke saya bercinta dengan suami orang? Kami kenal sejak Dec 2016 sampai lah sekarang kami masih berhubungan. Kami pernah putus juga sepanjang perkenalan kami.
Puncanya dari isteri kekasih saya, rumah tangga dorang memang dah bergoyang sebelum munculnya saya, dorang pernah bercerai pada July 2017 dan rujuk semula akibat isteri kekasih saya yang terlalu mengongkong suaminya, pergi mana kena report, call setiap kali sampaikan satu tahap isterinya call semua kawan-kawan untuk check out suaminya.
Tapi selepas saya muncul dalam hidupnya pada December kekasih saya berubah dia mula ceria, mesra sebab dia merasakan tenang dengan saya tak seperti isterinya yang sering berfikir negative dari positive.
Kekasih saya seorang Personal trainer dan situ juga kami berkenalan tetapi isterinya mempunyai cemburu yang melampau sampaikan tidak faham tugas seorang. Personal trainer berbeza dengan saya sebab saya faham dengan dunia kekasih saya.
Isterinya sering tuduh melulu tanpa usul periksa sehinggakan perbuatannya memalukan suaminya dengan menyerang suaminya semasa mengajar anak-anak buahnya.
Bagi saya, lelaki ini pantang dicabar dan mereka x suka dituduh ats kslhn yg mereka tak buat, disebabkn tuduhan itu, mereka pasti tercabar dan benar-benar melakukannya.
Sampai sekarang isterinya masih menganggu saya bahkan dia pernah ke tempat kerja saya, saya pernah untuk larikan diri, putuskan hubungan dengan kekasih saya tetapi walaupun saya tukar nombor handphone sekali dia masih datang cari saya melalui kawan-kawan.
Kekasih saya tak dapat lupakan saya dan tidak mahu kehilangan saya tapi pada masa yg sama dia takut akn ugutan isterinya, sebab sebelum ni hampir beberapa kali mereka buka fail penceraian semula tetapi ada saja halangan yg akn dilakukan isterinya agar mereka tidak berpisah hinggakn sanggup bunuh diri.
Saya minta sangat pendapat warga KRT adakah saya perlu tunggu dia lagi sebab saya bagi peluang sehingga hujung tahun ini saja tetapi pada masa yg sama saya tertekan dgn gangguan isteri.
Apa pendapat anda ? Salah tak dia nak bercinta dengan suami orang ?
Korang tolong ler jawab yer. Admin kalau jawab kang lain jadinya.. Kalau ikutkan geram je bila baca luahan perasaan ini. Macam dah habis lelaki dalam dunia ni. Camne lah tue …
Apa pendapat korang?
Sumber : KRT