“Rasakan! Suka Hati Mak Bapak Kau Letak Kereta Di Situ!” – Pengajaran Buat Pemandu Kereta Yang Tidak Bertimbang Rasa Parking Kereta Sesuka Hati Dia!
Seorang tukang cuci di timur China menjadi popular selepas video menunjukkan dia menggunakan puluhan tong sampah untuk mengepung sebuah kereta yang diletakkan di tempat tidak sepatutnya tular di Internet.
Rakaman sepanjang 40 saat itu menunjukkan tukang cuci warga emas itu mengepung kereta berkenaan dengan tong sampah dipenuhi bahan buangan yang diletakkan satu persatu di sekeliling kenderaan berkenaan di wilayah Anhui. [Sajaheboh.com]
Portal berita Ahwang.cn melaporkan tukang cuci yang tidak didedahkan namanya itu berang kerana kereta terbabit menghalang pintu masuk ke tempat pelupusan sampah tempat dia bekerja.
“Dia tidak boleh meninggalkan keretanya di sini. Ia menghalang laluan kecemasan.
“Perbuatannya menyusahkan saya bekerja dan saya tidak boleh pulang selagi kerja tidak siap, tetapi bagaimana jika keretanya terus ditinggalkan di sini?” katanya.
Menurutnya, dia tidak dapat menghubungi pemandu terbabit dan kereta itu ditinggalkan untuk beberapa jam menyebabkan dia hilang sabar dan mahu ‘mengajar’ pemiliknya.
Ramai pengguna Internet memuji tindakannya.
Masalah seperti itu sering berlaku di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan semakin ramai orang memiliki kereta tetapi tempat parkir tidak mencukupi.
Pada Jun lalu, di Wuhan, wilayah Hubei, sebuah kereta dikepung menggunakan kon lalu lintas selepas pemandunya tidak mengendahkan amaran supaya tidak meletakkan kenderaannya di laluan kecemasan.
Video source: Straits Times
Dalam kejadian sama di Qingdao, wilayah Shandong, tukang cuci di sebuah bangunan kediaman mengepung sebuah kereta menggunakan tong sampah kerana diletakkan di dalam kawasan pelupusan sampah.