Budak Berjalan Atas Tali Pada Ketinggian 30 Meter Dengan Mata Tertutup!

Wow! Sungguh Menakjubkan! Budak Berjalan Atas Tali Pada Ketinggian 30 Meter Dengan Mata Tertutup! Seorang kanak-kanak lelaki 5 tahun dari bandar Kashgar pedalaman Xinjian Uyghur barat China memukau penduduk setempat apabila berjalan di atas tali pada ketinggian 30 kaki dengan kedua-dua belah matanya tertutup!

SAJAHEBOH.COM - Budak Berjalan Atas Tali Pada Ketinggian 30 Meter Dengan Mata Tertutup!                                         .                                                               .                                                                         .                                                                    .                                                                                                                                                                       .Selain itu, dia juga melakukan aksi sama dengan berjalan menggunakan pinggan yang dilekatkan pada kedua-dua belah kakinya merentasi tali yang diregang itu.

Abdullah muncul dalam rancangan yang dikenali sebagai Wonderful Kids yang dihasilkan oleh iQiyi iaitu sebuah penstriman video online.

Meskipun umurnya ibarat setahun jagung namun kepakaran yang dimiliki dalam sukan ekstrem itu mejadikan dirinya ibarat seorang yang profesional dalam sukan tersebut. [Sajaheboh.com]

Bakat yang dimiliki oleh Abdullah telah membolehkannya menghadiahkan sebuah kereta buat keluarganya.

Ketika ditemubual hos rancangan itu, Abdullah memberitahu bahawa dia mula belajar berjalan di atas tali sejak umurnya dua setengah tahun.

Hos itu bertanya lagi, “Adakah anda dibayar dengan baik untuk persembahan anda?

Maka jawab Abdullah, “Mereka tidak membayar saya dengan wang tunai, sebaliknya mereka memberikan saya sebuah kereta.”

“Adakah itu basikal? tanya hos itu lagi berseloroh.

“Tidak, ia adalah sebuah kereta yang sangat besar,” jawabnya.

Pengacara rancangan itu kelihatan sangat mengagumi kepetahan Abdullah berkata-kata dan kepakaran imbangan badan yang dimilikinya kanak-kanak lelaki berkenaan tersebut.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *