Petua Hilangkan Uban Rambut Dengan Daun Rambutan. Rambut putih atau uban menjadi perkara yang mencemaskan seseorang. Bukan hanya orang tua sahaja yang mengalami masalah uban sekarang ini, tetapi juga dihadapi oleh anak muda.
Yang pastinya, seseorang yang beruban akan hilang keyakinan diri. Di mana mereka bakal berasa kurang selesa dengan kewujudan rambut beruban di kepala mereka hingga terpaksa menutupinya dengan topi atau mewarnakan rambut mereka, supaya uban tersebut tidak kelihatan lagi.
Untuk anda yang memiliki rambut putih atau beruban janganlah cemas, kerana dipercayai, daun rambutan boleh dijadikan ramuan yang sangat berkesan dalam menyingkirkan rambut yang beruban secara kekal dan semulajadi. Masalah rambut beruban dapat ditangani dengan segera cara pantas, semulajadi dan tanpa kesan sampingan dengan daun rambutan.
Pada dasarnya, masalah rambut beruban kini bukan hanya dialami oleh mereka yang sudah berusia, ia juga boleh dialami oleh remaja malah kanak-kanak. Terlebih dahulu, ada baiknya anda mengetahui sebab-sebab masalah rambut beruban.
Rambut beruban di kepala mungkin terjadi kerana beberapa faktor yang perlu anda teliti. Di antaranya adalah kerana kekurangan gizi, sering bertukar-tukar minyak rambut, faktor genetik, serta stress dan tekanan yang melampau. Oleh kerana faktor yang disebutkan itu, susunan rambut menjadi tidak sihat, tidak sempurna dan mempengaruhi pembentukan melanin atau pigmen rambut dan muncul lah uban pada rambut dan bertukarlah warna rambut dari hitam ke warna putih.
Khasiat daun rambutan dalam menghilangkan rambut beruban
Daun rambutan sangat mudah didapati terutama di kawasan yang mengalami iklim tropika khususnya Malaysia. Daun rambutan memiliki bahan kimia seperti tannin, saponin, polifenol, dan beberapa jenis hormon yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut. Bahan kimia yang terdapat dalam rambutan dipercayai dapat menghidupkan atau mendorong pembentukan melanin dan pigmen rambut. Selain itu, ia juga dipercayai dapat mengembalikan warna rambut, membuat rambut tumbuh dengan subur serta mengurangkan masalah keguguran rambut.
Cara menyediakan daun rambutan untuk menghilangkan uban
Cara menyediakan daun rambutan untuk dijadikan ramuan mengatasi masalah uban ialah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan (mengikut sukatan yang anda kehendaki) dan bersihkan dengan menggunakan air sehingga bersih.
Anda juga boleh menumbuk halus daun rambutan atau menggunakan pengisar dengan menambahkan sedikit air. Setelah itu, saringlah daun rambutan yang telah halus, dan dicampurkan dengan air tadi sehingga anda mendapatkan air perasan darinya.
Setelah mendapat air perasan tadi, usaplah pada rambut dari hujung ke akar dan biarkan selama 30 minit atau lebih. Selepas itu, cucilah rambut sehingga bersih.
Dalam menangani rambut beruban, jadikan kaedah daun rambutan ini sebagai rutin harian dan berterusan mengikut masalah uban yang anda hadapi. Dengan itu, rambut beruban akan kelihatan menghitam tanpa penggunaan pewarna rambut sehingga anda dapat mengatasinya secara kekal dan mengembalikan keyakinan diri.
Adakah kaedah daun rambutan untuk mengatasi masalah rambut beruban adalah mitos semata-mata? Anda cuba sendiri dan lihat hasilnya.
Source: Lubuk Maklumat
Anda juga boleh cuba petua lain dalam entri terbaru kami iaitu cara hilangkan uban dengan lemon dan minyak kelapa.