Petua Cara Hilangkan Blackhead Guna Dua Bahan Mudah Ini. Blackhead adalah salah satu masalah yang sering merimaskan kita. Ia boleh merencatkan penampilan seseorang dek kerana bintik-bintik hitam yang muncul pada hidung dan sekitar kawasan pipi.
Apabila kulit anda menghasilkan sebum atau minyak yang banyak, reaksi kimia yang melibatkan melanin akan berlaku sekali gus menyebabkan bintik-bintik pada wajah anda berwarna hitam.
Ramai orang yang cuba menghilangkan blackhead dengan menggunakan pelbagai jenis produk ‘mask’ tetapi ianya sedikit menyakitkan. [Sajaheboh.com] Apa yang ramai tidak tahu, salah satu kaedah terbaik dalam menghilangkan masalah ini adalah dengan menggunakan susu dan buah pala.
Susu mengandungi asid laktik yang boleh menghapuskan sel-sel kulit mati manakala buah pala pula mampu berfungsi sebagai agen penggosok yang boleh menanggalkan bintik hitam dan menjadikan kulit anda lebih mulus serta lembut.
Teruja untuk mencuba kaedah ini? Anda hanya perlukan:
Bahan-Bahan:
- 1 sudu besar serbuk buah pala
- 2-3 sudu besar susu
- Mangkuk kecil
- Sudu atau garfu
Cara-cara membuatnya:
- Campurkan serbuk buah pala dan susu sehingga menjadi seperti pes.
- Sebelum disapukan pes ini ke muka, cuci dahulu muka anda.
- Keringkan muka anda dan sapukan pes ini dalam pergerakan membulat.
- Jangan gosok wajah anda terlalu kasar bagi mengelakkan kulit muka anda menjadi pedih.
- Gosok lembut selama tiga ke lima minit dan cuci dengan air suam.
Itu sahaja! Anda pasti akan memperoleh kulit yang lembut dan berbau segar! Jangan lupa mencubanya dan berikan komen anda tentang keberkesanan kaedah ini.
Lihat juga entri petua hilangkan parut jerawat dalam masa yang singkat.
Sekian.
Credit: Petua Ibu