Perkongsian Petua Bersihkan Rahim Lepas Habis Period. Di negara kita ini memang popular dengan pelbagai tips dan petua turun-temurun yang masih diamalkan hari ini disebabkan keberkesanannya. Semua petua itu mempunyai tujuan yang tersendiri dan diantarannya ialah untuk tujuan penjagaan rahim oleh kaum wanita.
Petua ini tidak perlu diamalkan setiap hari dan cukup diambil sebulan sekali iaitu ketika habis tempoh haid.
Petua penjagaan atau petua bersihkan rahim ini akan mencuci bahagian rahim supaya lebih bersih dan sihat lepas habis period. Berikut adalah petuanya.
Bahan-bahan:
- Halia sebesar ibu jari
- Kunyit sebesar ibu jari
- 2 batang serai
- 2 helai daun pandan-disimpul
- 3 cawan air
- 2 helai daun sirih
- 1 biji manjakani
- Sedikit gula batu atau madu
Cara membuatnya:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
- Rebus sehingga menjadi satu cawan air.
- Sedia untuk diminum ketika suam.
Anda juga mungkin berminat dengan petua kempiskan perut, haid lancar dan buang angin dalam badan kita.
Facebook Comments Box