Peniaga Warga Asing Sudah Kembali Beroperasi

GENAP seminggu Pusat Bandar Utara di Kuala Lumpur ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sudah ada peniaga warga asing etnik Rohingya menjual barangan di kawasan itu, hari ini.sajaheboh.com - Peniaga Warga Asing Sudah Kembali Beroperasi

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima aduan berhubung kegiatan peniaga warga asing menjual sayur di bahagian luar premis di kawasan Pusat Bandar Utara.

Menurutnya, pemeriksaan di kawasan itu mendapati memang terdapat aktiviti penjualan di kawasan itu.

“Susulan itu kita mengambil tindakan sita terhadap peniaga terbabit dan bermula esok Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan membantu membuat pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PKPD keenam membabitkan kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara (PBU), ditamatkan 12 Mei lalu.

Sepanjang tempoh PKPD, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan Covid-19 ke atas semua penduduk di dua kawasan berkenaan termasuklah warga asing.

Untuk rekod, aktiviti penjualan oleh warga asing di kawasan berkenaan termasuk di Pasar Borong Kuala Lumpur tidak dibenarkan.

DBKL dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan akan meneruskan pemantauan dan kawalan di laluan masuk serta keluar Pasar Borong Kuala Lumpur bagi menghalang kemasukan warga asing yang mahu bekerja di pasar berkenaan.

Agensi itu hanya membenarkan pekerja warga asing sektor perkhidmatan lain yang mempunyai permit sah memasuki kawasan itu.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *