Penemuan Bersejarah Artifak Kuno Berusia 6000 Tahun Dijumpai Dalam Perut Buaya

Seorang lelaki telah membuat penemuan bersejarah apabila menemukan artifak berusia sekitar 6000 tahun dalam perut seekor buaya berukuran lebih kurang 13 kaki atau 3.9 meter.Penemuan Bersejarah Artifak Kuno Berusia 6000 Tahun Dijumpai Dalam Perut Buaya

Lelaki yang dikenali sebagai Shane Smith yang juga merupakan seorang pemburu buaya menemui artifak bersejarah itu ketika membeIah perut buaya yang dibawa oleh rakannya, John Hamilton.

Ketika memproses buaya tersebut, Shane Smith telah menemui artifak berupa anak panah yang dipercayai digunakan oleh suku pribumi Amerika pada 5000 hingga 6000 tahun lampau.

Shane yang terkejut dengan penemuannya menyangka (kepala) anak panah itu terlekat pada badan haiwan lain sebelum haiwan itu dimakan oleh buaya berkenaan.Penemuan Bersejarah Artifak Kuno Berusia 6000 Tahun Dijumpai Dalam Perut Buaya

Walaubagaimanapun, pendapat itu disangkal oleh seorang ahli geologi yang percaya anak panah itu merupakan objek tunggal yang terjatuh di tanah sebelum dimakan oleh buaya itu.

Hasil pemeriksaan ahli geologi itu juga memberitahu usia artifak itu adalah di sekitar 5000 – 6000 tahun.

Penemuan Bersejarah Artifak Kuno Berusia 6000 Tahun Dijumpai Dalam Perut Buaya

Penemuan itu dikongsikan di laman facebook Red Antler dengan status seperti berikut:

“Kami membelah buaya ini untuk melihat apa yang ada di dalam perutnya. Buaya yang dibawa John Hamilton hari ini memberi kejutan terbesar tahun ini “Penemuan Bersejarah Artifak Kuno Berusia 6000 Tahun Dijumpai Dalam Perut Buaya

Menurut Shane, dia kemungkinan adalah orang pertama di dunia yang menarik keluar anak panah dari dalam perut buaya.

Menurut pakar sejarah pula, artifak (anak panah) itu adalah digunakan oleh suku pribumi Amerika untuk menangkap ikan pada zaman lampau.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.