Pelancong Wanita Asyik Berselfie Video Jadi Mangsa Ragut Penunggang Motosikal! Padah kerana asyik merakam video dengan handphonenya, seorang wanita menjadi mangsa jenayah ragut!
Sebuah rakaman video yang memaparkan kejadian seorang pelancong wanita yang sedang ‘berselfie’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur menjadi mangsa ragut seorang penunggang motosikal yang datang dari arah belakang baru-baru ini menjadi viral di laman media sosial.
Berdasarkan video yang dimuat naik wanita itu didapati sedang merakam video dirinya yang berlatar belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka sebelum sebuah motosikal secara tiba-tiba datang dari arah belakang meragut beg tangan disandangnya sekaligus menyebabkan wanita itu terjatuh.
Kejadian jenayah itu secara kebetulan dirakam melalui telefon bimbit yang dipegangnya menggunakan monopod. Turut kedengaran suara wanita itu menjerit selepas beg tangannya diragut.
Semoga video ini dijadikan pengajaran kepada kita semua untuk lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling jika nak melakukan sesuatu di tempat awam.
Video:
Diharapkan kita semua jangalanlah asyik dengan handphone sampai tak ingat dunia. Sebelum ini pun pernah ada kes ibu leka main HP sampai tak sedar anak dilanggar kereta ketika melintas jalan.