Pelajar Lelaki Melamar Cikgunya Dalam Suasana Romantik Namun Ditolak Mentah-mentah

Pelajar Lelaki Melamar Cikgunya Dalam Suasana Romantik Namun Ditolak Mentah-mentah. Cinta datang tanpa diundang malah tidak memandang status atau usia sebagai halangan.

SAJAHEBOH.COM - Pelajar Lelaki Melamar Cikgunya Dalam Suasana Romantik Namun Ditolak Mentah-mentahMungkin perasaan itulah yang timbul dalam hati seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di China terhadap gurunya.

Namun apa yang menyedihkan ialah cinta sucinya itu ditolak mentah-mentah oleh guru wanita berkenaan dan kisahnya menjadi viral menerusi seluruh laman sesawang negara itu.

Menerusi sebuah video yang tersebar, pelajar lelaki memakai trek warna biru putih dilihat melutut di hadapan kain rentang berwarna merah tertera “Teacher Li, I love you! Marry me!” sambil menghulurkan sejambak bunga kepada.

Tidak cukup dengan itu, pelajar lelaki itu turut meminta bantuan kawannya untuk memainkan Ukulele dengan iringan muzik ditujukan istimewa kepada guru wanita tersebut

Aksi pelajar itu disaksikan oleh beberapa pelajar lain.

Namun apa yang terjadi?

Guru yang dikenali sebagai Li itu bagaimanapun langsung menolak lamaran itu mentah-mentah.

“Jangan bazirkan masa saya.

“Saya sudah punya teman lelaki,” jeritnya.

Walau bagaimanapun, pelajar lelaki itu tetap nekad dengan perasaannya malah cuba memujuk guru wanita berkenaan dengan sebentuk cincin.

Namun guru wanita itu enggan menerimanya dilihat memijak-mijak jambangan bunga dan menolak bahu pelajar terbabit sebelum bertindak menendang speaker box.

Apa yang berlaku selepas itu tidak dapat dirungkai sepenuhnya kerana video berkenaan juga dihentikan rakamannya.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *