Bercinta 5 Tahun Tapi Ditolak, Akhirnya Teman Lelaki Kahwin Dengan Wanita Lain, Barulah Wanita Itu ‘Sedar’ Jika Selama Ini Teman Lelakinya. Biasanya kita memandang rendah orang yang kita tahu mempunyai perasaan dengan kita. Mungkin kita melakukan pelbagai cara yang hujungnya menyakiti orang tersebut, seperti jual mahal, atau acuh tak acuh dengan perhatian yang diberikan.
Demikianlah yang menimpa wanita ini. Dia baru sedar bahawa dia telah kehilangan seorang lelaki baik yang mencintainya pada hari perkahwinan lelaki tersebut. Namun, penyesalan selalunya datang terlambat. Berikut ini kisahnya.
Hari ini ada kawan yang menangis menceritakan ada lelaki yang sudah berkenan mengejar dirinya sudah lama, lelaki yang pernah buat dia terharu dan tersentuh, hari ini berkahwin. Mendengar khabar seperti itu tiba-tiba, aku juga tidak tahu bagaimana menghibur hatinya.
“Orang sudah tunggu 5 tahun … Kalau dia menunggu lagi, sudah berapa umur dia?”
Mengatakan seperti itu, dia kelihatan gagap, tidak tahu harus berkata apa, lalu meratap ke tingkap.
Biasanya kita memandang rendah orang yang kita tahu mempunyai perasaan dengan kita. Mungkin kita melakukan pelbagai cara yang hujungnya menyakiti orang tersebut, seperti jual mahal, atau acuh tak acuh dengan perhatian yang diberikan.
Demikianlah yang menimpa wanita ini. Dia baru sedar bahawa dia telah kehilangan seorang lelaki baik yang mencintainya pada hari perkahwinan lelaki tersebut. Namun, penyesalan selalunya datang terlambat. Berikut ini kisahnya.
Hari ini ada kawan yang menangis menceritakan ada lelaki yang sudah berkenan mengejar dirinya sudah lama, lelaki yang pernah buat dia terharu dan tersentuh, hari ini berkahwin. Mendengar khabar seperti itu tiba-tiba, aku juga tidak tahu bagaimana menghibur hatinya.
“Orang sudah tunggu 5 tahun … Kalau dia menunggu lagi, sudah berapa umur dia?”
Mengatakan seperti itu, dia kelihatan gagap, tidak tahu harus berkata apa, lalu meratap ke tingkap.
“Tadi aku datang ke majlis resepsinya. Pengantinnya cantik sekali. Lebih cantik daripada aku. Semua tetamu yang datang ramai terpegun. Dia juga kacak, berdiri di atas pelamin. Aku sama sekali tidak pernah sedar jika dia sehensem seperti itu.”
Belum sempat aku berbicara, dia bercerita, “Aku ingat aku tidak pernah ada rasa cinta dengan dia. Aku mengira tidak peduli aku cinta padanya atau tidak, dia akan terus berada di sisiku. Aku mengira dia akan selalu jadi milikku. Terpulang kepada aku atau tidak. ”
“Tapi …. Selepas melihat dia bersama pengantin bertukar cincin, hatiku rasa sakit sekali. Entah kenapa air mataku mengalir keluar. Selepas mereka berciuman, aku tidak sanggup melihat.”
“Pada masa itu aku baru sedar, yang paling menyakitkan bukanlah orang yang kau cintai tidak mencintai, tetapi orang yang bertahun-tahun mencintai, tiba-tiba berubah dan meninggalkan kita untuk bersama orang lain.”
“Apabila melihat orang yang mencintai dan akan selalu menunggu itu memakai cincin ke jari orang lain, boleh dengar suara hati pecah.”
Sambil menangis, dia terus menceritakan kisah dulu lelaki itu ketika masih mengejarnya. Hal-hal yang kedengarannya bodoh sekali tapi sebenarnya sungguh berharga.
“Dulu dia menelefon dari kem tentera, atau handphone semua disekat, tidak boleh dibawa masuk ke dalam pusat persinggahan sementara tentera. Dia pun sembunyi-sembunyi, berjalan jauh-jauh mencari telefon awam hanya untuk menelefon saya. Saya tidak tahu. Tetapi lelaki bodoh itu sanggup demi menelefon aku, rela jalan jauh-jauh cuma mahu mendengar suaraku. Aku malah hilang sabar, “Tiada kerja ke nak telefon-telefon? ”
Kawan saya sekarang, walaupun menangis sambil bercerita, tapi wajahnya kelihatan senyum bahagia. Dia katakan dia tidak pernah sedar jika lelaki itu memberikan perhatiannya pada wanita lain, hatinya akan begitu sakit.
Sebenarnya, aku sendiri pun tidak tahu, kawanku sedih kerana rasa telah kehilangan “mainan” atau rasa kehilangan jodoh yang, adalah jodoh yang baik.
Semua orang hanya manusia biasa. Kalau sudah bertahun-tahun berusaha sekuat tenaga mendapatkan hati seseorang namun tiada hasilnya, walaupun niat masih ingin terus menunggu, dunia ini tidak akan membiarkannya menunggumu. Masa tidak menunggu orang.
Hargailah orang yang anda tahu dalam diam menaruh perasaan pada anda. Jangan melukai atau melihatnya dengan sebelah mata, kerana suatu hari ketika dia benar-benar pergi, anda akan sedar bahawa yang meninggalkan bukanlah dia, tapi anda sendiri.
source: aliffchannel