Pekerja 7-Eleven Sah Positif Covid-19, Outlet Ditutup Serta-Merta Untuk Sanitasi.

Pekerja 7-Eleven Sah Positif Covid-19, Outlet Ditutup Serta-Merta Untuk Sanitasi. KEDAI serbaneka 7-Eleven mengesahkan seorang kakitangannya di cawangan Jalan Bunus, Kuala Lumpur disahkan positif Covid-19 pada Isnin dan kini menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.sajaheboh.com - Pekerja 7-Eleven Sah Positif Covid-19, Outlet Ditutup Serta-Merta Untuk Sanitasi.

Sebagai langkah berjaga-jaga, proses sanitasi menyeluruh sedang dijalankan dan outlet itu juga ditutup sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Semua yang ada kontak dengan kakitangan kami sedang menjalani kuarantin di rumah sehingga pelepasan kesihatan diberikan oleh pihak berkuasa.

“Pengesanan kontak secara mendalam juga sedang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujar 7-Eleven menerusi satu kenyataan.

sajaheboh.com - Pekerja 7-Eleven Sah Positif Covid-19, Outlet Ditutup Serta-Merta Untuk Sanitasi.
Gambar Hiasan

Rangkaian kedai serbaneka itu mengakui pihaknya mengambil langkah menyeluruh dalam mengekang Covid-19.

Selain sanitasi secara biasa, aspek kebersihan kakitangan dan penjarakan sosial turut dititikberatkan. – The Star.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *