Jangan Dibuang, Kulit Ayam Sebenarnya Berkhasiat

Jangan Dibuang, Kulit Ayam Sebenarnya Berkhasiat. Sering kali kita lihat di kaca tv, sama ada melalui rancangan masakan kesihatan atau perkongsian ilmu kesihatan dimana mereka mengatakan keburukan kulit ayam kepada badan manusia. Untuk menikmati hidangan ayam yang lebih sihat, kita perlulah menanggalkan kulitnya ketika memasak.

Kulit ayam selalu dikaitkan dengan tahap kolesterol yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti darah tinggi dan serangan sakit jantung.

Masyarakat umum yang mementingkan kesihatan akan mengelakkan daripada memakan kulit ayam ini.

Menurut laporan pakar kesihatan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat, yang terkini, kajian menunjukkan kurangnya perkaitan antara kulit ayam dan risiko-risiko kesihatan yang selalu diwar-warkan.

Lanjutnya, mereka mengatakan, sebenarnya kulit ayam ini mempunyai banyak kahsiat yang sebenarnya bagus untuk badan manusia, malah bagus untuk jantung juga! Lemak yang terkandung di dalam kulit ayam adalah jenis lemak tidak tepu yang mampu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang buruk, yang disebabkan oleh hormon seseorang.

Menurut pakar tersebut lagi, kandungan kalori yang terdapat di kulit ayam adalh tidak terlalu tinggi sehingga boleh menyebabkan kegemukan.Jangan Dibuang, Kulit Ayam Sebenarnya Berkhasiat

Kulit ayam ini sebenarnya sangat enak sekiranya dibiarkan pada ayam yang dimasak. Ia mempunyai kandungan kolagen yang membantu memberikan rasa ayam sebenar yang lebih lemak dan lazat. Kebanyakan resepi stok ayam atau sup yang menggunakan ayam menyarankan anda untuk membiarkan kulit pada ayam kerana ia bertindak sebagai penambah rasa yang semula jadi.

Walaubagaimanapun, cara penyediaan sesuatu makanan itu juga penting dalam menentukan khasiatnya. Kulit ayam memang berkhasiat, tetapi jika anda makan kulit ayam yang digoreng di dalam minyak yang banyak, tiada guna juga.

Sumber: Astro Awani

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *