Pegawai Polis Menahan Wanita Mabuk Memandu, Namun, Selepas Melihat Isi Dalam Bonet Kereta, Dia Terus Menangis

Pegawai Polis Menahan Wanita Mabuk Memandu, Namun, Selepas Melihat Isi Dalam Bonet Kereta, Dia Terus Menangis. Satu rakaman melihatkan seorang pegawai polis telah menahan seorang pemandu wanita yang dikatakan memandu dalam keadaan laju.

SAJAHEBOH.COM -  Pegawai Polis Menahan Wanita Mabuk Memandu, Namun, Selepas Melihat Isi Dalam Bonet Kereta, Dia Terus MenangisSewaktu menghampiri wanita terbabit, pegawai polis ini tiba-tiba diselubungi pelbagai emosi sebaik sahaja bercakap dengan anak perempuan wanita terbabit.

Rakaman tersebut telah dimuat naik di YouTube dan membuatkan majoriti netizen benar-benar mengagumi kebaikan hati lelaki ini.

Pada Oktober tahun lalu, pegawai polis di New Mexico yang bernama Toby Lafave telah memecah rekod apabila berjaya membuat 113 penangkapan.

SAJAHEBOH.COM -  Pegawai Polis Menahan Wanita Mabuk Memandu, Namun, Selepas Melihat Isi Dalam Bonet Kereta, Dia Terus Menangis

Pada suatu hari, Toby telah melihat seorang pemandu wanita memandu melebihi had laju yang dibenarkan sehingga membuatkan Toby segera mengekori pemandu tersebut.

Toby menanyakan pemandu wanita tersebut yang dikenali sebagai Yvonne Ukestine tentang mengapa dia memandu dengan begitu laju?

SAJAHEBOH.COM -  Pegawai Polis Menahan Wanita Mabuk Memandu, Namun, Selepas Melihat Isi Dalam Bonet Kereta, Dia Terus Menangis

Jawab wanita tersebut, “Saya sangat takut dengan lebuhraya”.

“Ya, saya juga takut terutamanya dengan cara pemanduan awak,” balas Toby.

Yvonne menjelaskan kepada Toby bahawa dia baru pulang dari menghadiri satu konsert. Dia juga sangat risaukan dengan anak buahnya yang berusia enam tahun. Ketika mereka ditahan, kanak-kanak terbabit dilihat duduk di tempat duduk penumpang hadapan (sebelah pemandu) tanpa memakai tali pinggang keledar!

Toby kemudian meminta Yvonne menuruti arahannya untuk menjalankan pemeriksaan alkohol. Setelah didapati wanita ini memandu laju dalam keadaan mabuk, Toby memutuskan untuk menahan wanita ini.

Pada saat itu, Yvonne mendekati bahagian belakang keretanya dan cuba untuk menutup bonet namun dihalang oleh Toby. Ketika itulah Toby melihat terdapat kereta sorong kanak-kanak dan terus mengalirkan air matanya.

SAJAHEBOH.COM -  Pegawai Polis Menahan Wanita Mabuk Memandu, Namun, Selepas Melihat Isi Dalam Bonet Kereta, Dia Terus Menangis

Malah, Toby kelihatan benar-benar sedih dan beremosi ketika menghubungi rakan sekerja lain dan meminta mereka membawa anak buah Yvonne pulang ke pangkuan keluarganya.

Menurut KRQE, Toby sangat sedih sehinggakan dia tidak mampu untuk mengeluarkan kata-katanya.

SAJAHEBOH.COM -  Pegawai Polis Menahan Wanita Mabuk Memandu, Namun, Selepas Melihat Isi Dalam Bonet Kereta, Dia Terus Menangis

“Kejadian ini membuatkan saya sangat sedih. Oh Tuhan, saya sangat terluka,” ujar Toby kepada seorang lagi pegawai polis yang lain.

Yvonne didakwa dengan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk namun berjaya memperoleh rayuan pada 20 Oktober 2017.

Kejadian ini benar-benar membuatkan orang ramai keliru tentang apa perkara yang telah membuatkan Toby beremosi secara tiba-tiba sebaik sahaja melihat kereta sorong kanak-kanak itu.

Pasti anda juga keliru dan tertanya-tanya bukan?

Namun, salah seorang netizen memaklumkan bahawa Toby sedih kerana berjaya selamatkan seorang kanak-kanak kecil daripada terlibat dalam kemalangan yang boleh meragut nyawanya.

Seorang lagi netizen memberi komen, “Jika seorang anggota polis mengalirkan air mata seperti ini, anda tahu dia adalah seorang insan yang tulus. Inilah pegawai yang kita perlukan”.

Walaupun video berkenaan tidak mendedahkan punca sebenar yang menyebabkan pegawai Toby beremosi, ramai netizen percaya bahawa Toby terharu dan pada masa yang sama kecewa dengan tindakan pemandu mabuk itu.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *