Pegawai Polis Dan Kudanya Membuat Rondaan Di Sebuah Tempat Perarakan, Tiba-Tiba Kuda Itu Melakukan Sesuatu Yang Luar Biasa. New Orleans ditubuhkan pada tahun 1718 oleh Bienville. Pada tahun 1730-an, Mardi Gras dirayakan secara terbuka di New Orleans, tetapi tidak seperti sambutan yang kita ketahui hari ini.
Mereka memulakan tradisi mempersembahkan perarakan secara terapung beserta pertunjukan bola untuk tetamu mereka. Semua tetamu serta orgnanisasi yang terlibat berkumpul di jalan, menyanyi, menari dan bergembira.
Menurut Datuk Bandar, kerajaan bandar tidak terlibat dalam menyelaraskan perarakan Mardi Gras. Kerajaan hanya mengeluarkan permit perarakan, tetapi sambutan tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana penglibatan mereka.
Organisasi yang terlibat diberi kebebasan untuk menjadualkan dan menyelaraskan perarakan mereka sendiri.
Nampaknya sambutan tersebut bukan sahaja digemari oleh orang ramai malah haiwan juga turut tidak ketinggalan. Seperti biasa, pegawai Jones bersama koda perondanya Ace akan membuat rondaan untuk memantau tempat berlangsungnya perarakan Mardi Gras supaya tiada salah laku yang berlaku dan semuanya dalam keadaan selamat.
Ketika inilah koda tersebut turut memberi reaksi sebaik sahaja terdengar muzik yang berkumandang. Ace seolah-olah faham akan sambutan yang sedang berjalan malah ia cuba menari mengikut rentak muzik tersebut.
Melihat aksi Ace yang agak unik itu, ramai tetamu bertepuk tangan dan bersiulan tanda menyambut kedatangan kuda tersebut. Ace dilihat semakin rancak menari, malah ia turut menunjukkan beberapa aksi yang memukau. Siapa sangka haiwan pun turut menggemari sambutan Mardi Gras!
Pegawai Jones yang telah lama bekerjasama dengan Ace tidak tahu bagaimana kudanya itu boleh jatuh hati dengan sambutan seperti itu. Namun mujurlah Jones tidak leka lalu membawa kudanya pergi. Jika tidak mungkin Ace akan terlupa bahawa ia sedang menjalankan tugas meronda sebenarnya! Tontonlah video tersebut, pasti anda juga akan menyukainya.