Pameran Dinosaur Zaman Prasejarah Yang Masih Sempurna Sifatnya Mengagumkan Para Saintis Seluruh Dunia!

Pameran Dinosaur Zaman Prasejarah Yang Masih Sempurna Sifatnya Mengagumkan Para Saintis Seluruh Dunia! Para saintis telah mengisytiharkan makhluk zaman prasejarah ini sebagai ‘dinosaur awet yang terbaik di Bumi’. Ianya diawet dengan begitu baik sehingga tidak boleh diklasifikasikan sebagai fosil.

SAJAHEBOH.COM - Pameran Dinosaur Zaman Prasejarah Yang Masih Sempurna Sifatnya Mengagumkan Para Saintis Seluruh Dunia!Makhluk purba yang mengagumkan ini mempunyai ukuran kepanjangan sebanyak 18 kaki dan digelar sebagai ‘ibu dinosaur’. Baru-baru ini, Muzium Palaeontologi Diraja Tyrell di Alberta, Kanada telah mengadakan pameran dinosaur.

Menurut salah seorang pengkaji di muzium berkenaan iaitu Caleb Brown, “Kami bukan sahaja mempunyai rangka dinosaur tetapi juga dinosaur sebenar!”.

Memandangkan spesimen ini tidak ditanam, maka bentuknya kekal seperti keadaan asal. Tulangnya langsung tidak kelihatan malah bahagian organ dalamannya juga berada dalam keadaan yang sempurna.

Para pengkaji ternyata tidak dapat menyembunyikan kekaguman mereka terhadap dinosaur tersebut. Ianya diawet dengan begitu sempurna dan kelihatan seperti baru mati.

Menurut Jakob Vinther, seorang ahli paleobiologi di Universiti Bristol, beliau tidak pernah melihat sesuatu seperti itu.

SAJAHEBOH.COM - Pameran Dinosaur Zaman Prasejarah Yang Masih Sempurna Sifatnya Mengagumkan Para Saintis Seluruh Dunia!

Makhluk purba ini pertama kali ditemui pada tahun 2011 oleh seorang pekerja perlombongan minyak bernama Shawn Funk. Dikatakan Shawn telah menemui spesimen tersebut secara tidak sengaja ketika sedang melakukan kerjanya.

Pengkaji terpaksa mengambil masa selama enam tahun dan sekitar 7,000 jam untuk menjalankan ujian ke atas kutipan data serta menyiapkan ibu dinosaur ini untuk dipamerkan di muzium.

SAJAHEBOH.COM - Pameran Dinosaur Zaman Prasejarah Yang Masih Sempurna Sifatnya Mengagumkan Para Saintis Seluruh Dunia!

Lebih 100 juta tahun dahulu sewaktu makhluk prasejarah ini wujud di bumi, dinosaur ini merupakan spesies baru dikenali sebagai Nodosaur.

Dinosaur ini merupakan herbivor berkaki empat yang sangat besar dan mempunyai tanduk pada bahagian badannya yang berfungsi sebagai ‘senjata’. Nodosaur ini juga dipercayai mempunyai berat sekitar 1361 kg semasa hayatnya.

Walaupun telah diawet, nodosaur ini dikatakan masih mempunyai berat sebanyak 1134 kg.

SAJAHEBOH.COM - Pameran Dinosaur Zaman Prasejarah Yang Masih Sempurna Sifatnya Mengagumkan Para Saintis Seluruh Dunia!

Satu fakta sejarah yang amat mengagumkan! Menurut teori yang dapat diutarakan oleh para saintis dan pengkaji, makhluk besar ini mungkin telah dihanyutkan ke laut dan tertanam di dasarnya.

Sementara dinosaur ini terbiar tanpa diusik, bahagian kulit yang keras dan tanduk tajam yang melindungi badannya digantikan dengan mineral setelah berada di dalam lautan selama berjuta-juta tahun.

SAJAHEBOH.COM - Pameran Dinosaur Zaman Prasejarah Yang Masih Sempurna Sifatnya Mengagumkan Para Saintis Seluruh Dunia!

Pameran di Muzium Diraja Tyrell memberi peluang kepada para pelawat untuk melihat dengan lebih dekat tentang makhluk dinosaur. Meneliti bentuk tubuhnya yang sempurna membolehkan pelawat untuk membayangkan keadaan kehidupan dinosaur dengan lebih tepat.

Lihat video mengagumkan di bawah.

Sumber/Kredit: Era Baru, Royal Tyrrell Museum

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *